suria

YouTuber hadir ke balai polis dipercayai berhubung isu Puteri Balqis, pertahan tindakan siar temu bual atas dasar hak asasi manusia

Pihak Bros Gang TV jelaskan mereka telah mendapatkan persetujuan Aqish untuk kongsi video temu bual.

SEJAK video temu bual bersama pelakon remaja Puteri Balqis yang dirakamkan oleh Youtuber Bros Gang TV disiarkan menerusi saluran YouTube mereka pada Sabtu lalu, ia bukan sahaja tular malah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat.

YouTuber yang terkenal dengan content kontroversi itu didakwa sengaja mengeksploitasi kisah Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish itu meskipun sedar kenyataan dibuat pelakon itu tuduhan berat.

Tidak hanya itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia menjelaskan Youtuber berkenaan tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu kepada umum.

aqish 1

Pendedahan Aqish mengejutkan banyak pihak.

Presidennya, Datuk Dr Raj Karim turut menggesa agar saluran YouTube itu dikenakan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Bros Gang TV menerusi kenyataan di Instagram menjelaskan mereka sudah mendapat persetujuan Aqish untuk menyiarkan rakaman temu bual berkenaan.

Jelas kenyataan itu lagi, mereka tidak pernah memaksa pelakon berkenaan untuk berkongsi perkaran itu sebaliknya ia adalah atas kehendak Aqish sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cabul Puteri Balqis mungkin jadi rumit, peguam bangkitkan isu pembuktian jenayah... “Tapi mangsa sendiri boleh menjadi saksi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah”

"Kami tidak paksa Aqish tetapi dia sendiri mahu berkongsi kisah hidupnya. Aqish sendiri cakap yang dia tidak tahan memendam perasaan setalah bertahun-tahun dan izinkan kami untuk menyiarkan podcast tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Bros Gang TV mempertahankan tindakan menyiarkan temu bual itu atas dasar hak asasi manusia.

"Apa yang kami buat sekarang adalah atas dasar human ringhts. Berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa mahu fokus kepada kami?," kata kenyataan itu lagi.

Ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya

BROS GANG TV

Justeru mereka berharap fokus sebenar isu berkenaan adalah bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya buat Aqish selain menyifatkan pertemuaan mereka adalah hikmah dalam membuka mata pelbagai pihak tentang isu tersebut.

"Ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya.

"Pihak polis pun telah membuat siasatan, selebihnya kita berdoa," ujar kenyataan itu.

aqish 2

Aqish mendakwa jadi mangsa amang seksual bapa kandung.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story, pasukan Bros Geng TV yang terlibat dalam pembikinan video tersebut dilihat berada di balai polis.

Meskipun tidak menjelaskan tujuan mereka ke sana, namun salah seorang daripada mereka memberitahu tidak akan berkongsi sebarang video lagi selepas ini.

"Kami berada di balai polis, kemungkinan besar tak nampak kami update video lagi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain