suria

“Tutup muka ingat orang tak cam ke?” - Syatilla Melvin bengang foto adik beradik disalah guna, bimbang timbul fitnah

Gambar adik-beradik Syatilla digunakan untuk sebuah penerbitan artikel yang tiada kaitan dengannya.

PELAKON Syatilla Melvin meluahkan rasa bengang dengan tindakan sebuah portal yang menggunakan gambarnya bersama dua adik beradik yang lain dalam penerbitan sebuah artikel, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Syatilla, 31, berkata tindakan menggunakan gambar mereka tanpa kebenaran adalah perbuatan salah, lebih-lebih lagi foto itu tiada kaitan dengan artikel yang disampaikan.

syatilla 2

Gambar promosi produk Kekasih disalah guna membuatkan Syatilla marah.

“Hampa (awak) ini apa masalah? Macam kurang bijak sangat ni.

“Bodoh apa guna gambar adik-beradik Melvin,” tulisnya.

Dalam artikel yang menulis tentang kejadian wanita disihir adik-beradik sendiri, portal berkenaan menggunakan gambar Syatilla bersama dua adiknya lain yang diambil daripada foto promosi produk kosmetik jenama Kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin lahir anak ketiga pada 8 Syawal, Shaheizy Sam teman di dewan bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin masuk hospital selepas 4 hari bersalin... Alami sakit kepala hingga sukar susukan bayi

Sementara itu, adik kepada Syatilla iaitu Syifa Melvin turut berkongsi perkara sama dan memohon pihak berkenaan memadam semula gambar tersebut.

Syifa juga memberitahu wakil portal tersebut tidak dapat dihubungi menerusi direct messege (DM).

Bodoh apa guna gambar adik-beradik Melvin

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Malah, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman jika tiada sebarang maklum balas.

“Tolonglah jawab. DM pun tak reply. Aku dulu pun belajar journalism, tiada pula belajar etika macam ini.

“Dah kenapa guna gambar orang? Mana etika?

syifa 1

Syifa bimbang gambar tersebut boleh undang fitnah.

“Mohon turunkan gambar itu dan minta maaf sendiri atau kami saman. Memang seronok eh timbulkan fitnah, sedap-sedap pakai gambar orang lepas itu tutup muka. Ingat orang tak cam ke?” tulisnya.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar pada pagi Sabtu mendapati portal berkenaan telah pun menukar gambar asal tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain