suria

[VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... “Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat”

KISAH cinta Shuib sering menjadi tanda tanya peminat sehinggakan timbul pelbagai spekulasi mengaitkan pelawak dan penyampai radio Suria FM itu dengan beberapa wanita.

Terbaharu, Shuib dikatakan rapat dengan seorang usahawan iaitu Watie Hanifiah selepas pengguna TikTok 'membongkar' kod rahsia kononnya mereka mempunyai hubungan cinta.

Menerusi video yang dimuat naik di platform itu, pemilik akaun TikTok menggunakan nama @farahana mendakwa mereka tampil sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

Shuib dan Watie dilihat mengenakan busana kuning mustrad ketika menghadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 pada Ogos lalu selain mengenakan jaket kulit hitam ketika hadir ke konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19, Jumaat lalu.

Shuk2

Shuib digosip gara-gara sedondon dengan usahawan.

Mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu, Shuib menjelaskan ia kebetulan dan berkemungkinan ada wanita lain turut berpakaian sedondon dengannya.

"Pada konsert Dewa saya pakai jaket hitam dipadankan dengan kemeja-T putih, kalau konsert biasanya macam itu. Ada baju hitam, baju putih... mungkin kebetulan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lebur harapan peminat! Shuib nekad tidak lagi terlibat dalam ‘Sepahtu Reunion’... Pihak produksi lebih tahu punca undur diri

ARTIKEL BERKAITAN: Lama ‘tidur’ sejak pemergian Siti Sarah, kemunculan sebagai deejay Suria FM langkah Shuib kembali aktif dalam dunia seni

"Wallahualam, ada wanita lain yang memakai baju sama dengan saya juga. Tapi mungkin orang saja nak mengusik," katanya kepada mStar.

Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya usahawan itu adalah wanita dimaksudkan sebagai pilihan ibunya.

"Saya rasa netizen lebih pandai daripada saya, lebih dahsyat daripada penyiasat. Saya tidak mahu komen apa-apa dengan apa yang mereka anggap.

Kalau sudah sampai tahap keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya.

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Kalau sudah sampai tahap keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Shuib pelik apabila orang luar lebih tahu tentang kehidupan peribadinya selain cuba menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.

Tidak marah dengan 'usikan' yang dibuat namun Shuib berharap netizen berfikir tentang soal perasaan dirinya dan empat anaknya yang masih kecil.

Shuib berharap netizen tidak cuba menentukan kehidupan peribadinya.

"Itulah kehidupan ini penuh dengan kejutan, dugaan dan ujian. Kita tidak akan tahu apa akan berlaku. Tapi itulah, kadang-kadang terasa sedih apabila kehidupan saya ditentukan orang luar.

"Saya tak marah tapi kehidupan kita, biarlah kita yang tentukan sendiri," ujarnya.

Tambah Shuib, dia sendiri masih dalam keadaan kesedihan selepas kehilangan isteri kesayangan, Allahyarham Siti Sarah Raisudin tahun lalu dan masih mencari rentak dalam hidup.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain