suria

Kongsi video hantar Shuk Sahar tunai umrah, Rossa Sera titip pesan minta banyakkan doa

Ucapan Sera buat Shuk curi tumpuan ramai.

SEHINGGA kini status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya iaitu Rossa Sera terus menjadi tanda tanya ramai pihak.

Kedua-duanya masih kunci mulut mengenai status hubungan mereka sama ada masih bersama atau sudah berpisah selepas dikatakan berantakan akibat kehadiran orang ketiga.

shuk sahar 2

Shuk kini berada sedang mengerjakan ibadah umrah.

Bagaimanapun perkongsian terbaharu Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyaih Asshaferah di laman Instagram seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka masih berjalan baik.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instastory, Sera merakamkan momen Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Mestilah sayang, tapi..." - Rossa Sera kunci mulut status sebenar, belum terbuka hati terima kembali Shuk Sahar

Dalam perkongsiannya itu, Sera turut menitipkan pesan supaya Shuk memperbanyakkan doa dan berharap menjadi seorang bapa terbaik buat anak-anak mereka.

"Jaga diri, doa banyak-banyak di sana (Makkah) jadi ayah yang baik," tulisnya.

Dalam pada itu, Sera juga turut berkongsi kembali video memperlihatkan Shuk sedang berbual dengan anak-anaknya menerusi panggilan video.

sera 2

Shuk dan Sera masing-masing masih kunci mulut soal rumah tangga.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain