suria

Bekas suami minta Lufya jangan menipu di media sosial, buat laporan polis fitnah isu nafkah anak 

Dr Che Hafiz enggan dedah aib bekas isteri.

BEKAS suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz menyangkal dakwaan dia tidak memberi nafkah kepada anak tunggal mereka sejak bercerai pada Julai 2020.

Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, berkata, dia mempunyai semua bukti dan meminta Lufya tidak menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan dakwaan tidak benar.

"Soal isu pemberian nafkah anak, saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti tahu akan tanggungjawab dan tidak mengabaikan anak sendiri.

"Saya ada bukti kukuh untuk diberikan kepada mahkamah. Jadi saya harap Lufya gunakan saluran yang betul dan bukan jadi bersikap seperti budak-budak melepaskan perasaan di media sosial dan menimbulkan spekulasi tidak benar," katanya.

1643524

Dr Che Hafiz mendakwa tidak pernah mengabaikan anak mereka.

Hafiz meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya serta memuat naik foto salinan laporan polis bertarikh 7 November 2022.

Laporan polis tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Lufya terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tuntutan nafkah anak tak selesai, Lufya dedah kena aniaya dengan peguam sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya sifatkan insiden diserang ada hikmah tersendiri, hubungan bekas suami dan anak kembali bertaut

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menyifatkan tindakan Lufya sebagai melampau meskipun mereka pernah berbincang jalan terbaik menyelesaikan semua kemelut melibatkan mereka berdua sebelum ini.

"Saya jaga aib dia selama ini dan rasa tidak perlu dedahkan kerana dia bukan lagi isteri saya. Dia sudah melampau dan saya harap dia dapat gunakan saluran tepat bagi menyelesaikan isu yang timbul.

"Saya dan bakal isteri cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba terbaik berbincang dengannya tetapi ditolak malah dibalas pula dengan kata-kata kurang sopan serta fitnah," jelasnya.

553

Lufya sebelum ini mendakwa bekas suami culas membayar nafkah anak mereka.

Sementara itu, Dr Che Hafiz turut mendakwa kenyataan yang pernah dikeluarkan Lufya sebelum ini juga adalah tidak benar.

"Saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan palsu berunsur fitnah kepada masyarakat.

"Apa sahaja kenyataan dikeluarkan dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendaknya," jelasnya.

Untuk rekod, Lufya dan Cr Che Hafi mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain