suria

Sekat WhatsApp Julia Farhana, Lufya Omar tak cemburu bekas suami bakal berkahwin - “Saya yang minta cerai”

Kemelut melibatkan tiga individu ini masih berterusan.

PELAKON Lufya Omar menyangkal dakwaan dia cemburu apabila bekas suaminya ingin mendirikan rumah tangga dengan aktres Julia Farhana tidak lama lagi.

Lufya, 37, berkata, dia senang hati apabila mengetahui Dr Che Hafiz dan Julia ingin berkahwin malah sudah lama mengetahui tentang hubungan mereka.

"Sudah lama saya tahu fasal percintaan mereka. Tiada siapa yang cemburu.

"Sebenarnya saya kasihan dengan 'budak' itu. Dia masih muda. Saya rasa mungkin dia terlalu buta dalam percintaan dan tak boleh berfikir," katanya.

1818572

Lufya hanya mahu isu nafkah anak mereka selesai.

Lufya mengulas mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, dia berasa kasihan dengan Julia kerana merasakan aktres itu belum sedia untuk merasai fasa sebagai seorang isteri dan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya dedah isu nafkah sudah lama berlarutan di mahkamah, bekas suami dan Julia Farhana dakwa difitnah berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami minta Lufya jangan menipu di media sosial, buat laporan polis fitnah isu nafkah anak

Malah dia tidak yakin Julia dapat menjadi seorang ibu tiri yang baik kepada anaknya, Laana Haura yang kini sudah berusia lima tahun.

"Untuk dia jadi mak tiri Haura, rasanya tak mungkin. Kita ni tak tahu la, risau salah cakap," ujarnya.

Sementara itu, Lufya mendedahkan sudah menyekat WhatsApp Julia kerana aktres itu tidak perlu mencampuri pertikaian yang sedang berlaku di antaranya dengan Dr Che Hafiz.

Sudah lama saya tahu fasal percintaan mereka. Tiada siapa yang cemburu.

LUFYA OMAR

PELAKON

Katanya, meskipun Julia bakal berkahwin dengan Dr Che Haifz namun dia tidak mempunyai hak masuk campur dalam urusan nafkah anak mereka.

"Saya block sebab dia macam tak ikhlas. Mula-mula mesej beritahu nak tolong nasihatkan Hafiz tapi kemudian cakap itu bukan tanggungjawabnya pula.

"Jadi buat apa mesej saya sejak awal dengan 360 muka surat itu? Saya bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai dan kesabaran saya sudah tipis," ujarnya.

553

Lufya sudah sekat WhatsApp Julia.

Tambah Lufya, dia juga tidak perlu wang daripada aktres itu untuk membayar nafkah anaknya.

Terdahulu, Dr Che Hafiz dan Julia membuat laporan polis pada 7 November lalu selepas mendakwa Lufya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap mereka berhubung isu tuntutan nafkah anak.

Julia turut mendedahkan dia adalah tunang kepada bekas suami Lufya dan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain