suria

Ismail Izzani ‘cabut’ selepas persembahan SFMM37, enggan bertemu media ulas isu bercium di kelab malam

Ismail memilih mendiamkan diri berhubung kontroversi melanda dirinya.

PENYANYI Ismail Izzani mengelak bertemu dengan sekumpulan wartawan susulan penularan video memaparkan aksi sumbang dikatakan mirip wajahya di media sosial ketika ini.

Pihak media dimaklumkan penyanyi berusia 22 tahun itu menolak permintaan untuk ditemu bual bagi mendapatkan komen Ismail berhubung video tersebut.

Difahamkan, Ismail 'cabut' sejurus selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) menerusi lagu Habis Sini pada Sabtu.

553 (1)

Ibu Ismail turut menjadi mangsa apabila menjadi tempat sasaran kemarahan netizen.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail yang merangkul seorang gadis berpakaian seksi di sebuah kelab sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video lelaki mirip Ismail Izzani bercium di kelab malam... Peminat luah kecewa minta bertaubat

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya Ismail Izzani dah kena ‘rotan’ ke belum, ibu tampil balas komen sarkastik di Instagram

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam diserang netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tidak hanya Ismail, ibunya juga turut diserang netizen sehingga sanggup meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Luar Biasa ini terbabit dalam kontroversi malah pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain