suria

[V] “Doakan Cik Man...” - PU Azman tenang hadir sebutan semula kes amang seksual di Seremban

PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman memohon doa daripada peminat agar urusan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dipermudahkan.

Azman atau Azman Syah Alias, 41, berkata demikian ketika menyapa petugas media di Mahkamah Sesyen Seremban bagi menghadiri sebutan semula kes berhubung pertuduhan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man hadir ke mahkamah memakai baju kurta berwarna biru gelap turut kelihatan tenang ketika disapa media di perkarangan mahkamah.

"Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan," katanya ringkas.

Azman tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pagi Khamis.

Azman kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Pendakwah tersebut turut ditemani peguam Mohamad Zahid Ahmad dan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi.

Sementara itu, menerusi prosiding tersebut, Azman hagi penyerahan dokumen kes berkenaan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Terdahulu, Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman berdepan hukuman sebat jika sabit kesalahan, didakwa 3 lagi pertuduhan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Tertuduh juga dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

cik man klang 1

Pada Rabu Azman turut dituduh di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang.

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes bersambung 31 Januari 2023.

Terdahulu pada Rabu, Azman turut mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Azman berdepan tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Kes itu pula akan disebut semula pada 12 Januari tahun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain