suria

Mabuk dan buat kacau... pelakon wanita kena denda RM20

Persana mengaku bersalah dan didenda RM20.

AKIBAT mabuk dan membuat kacau di sebuah restoran pada 5 Januari lalu, pelakon wanita dan bekas model, Persana Avril Sollunda didenda RM20 oleh Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Hukuman diputuskan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas tertuduh, Persana, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda itu.

persana2 - 1

Persana mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh telah pun membayar denda berkenaan.

Menurut laporan media, Persana melakukan kesalahan berkenaan di sebuah restoran di Daman Plaza Luyang, Sabah pada pukul 11 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zul Ariffin mengaku salah, didenda RM30,000 kerana 'post' video sumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Ziana Zain didenda RM8,000, terlepas hukuman penjara... Hakim pesan bapa dan anak jangan putus hubungan

Mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi RM20 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Sementara itu, berdasarkan fakta kes Persana dilihat mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh serta menganggu pelanggan lain.

Pihak polis yang tiba di lokasi menahan aktres berkenaan yang ketika itu dipegang beberapa pekerja restoran bagi mengelakkan tertuduh membuat kacau di restoran terbabit.

Sebelum ini, Persana pernah tular di media sosial kerana didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai di Petaling Street, Kuala Lumpur pada 23 April 2015.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain