PENDAKWAH bebas Asma' Harun meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon Pulau yang seolah-olah memerli pandangan masyarakat yang tidak senang dengan tayangan filem tersebut ekoran terdapat adegan kurang bersesuaian untuk tontonan umum. Asma' berkata, isu yang dibangkitkan tidak sepatutnya dipandang ringan kerana apa dipaparkan terang-terangan merosakkan masyarakat khususnya kesan kepada generasi muda. "Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat," katanya. Asma' berkongsi pandangan mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Jumaat. Ustazah Asma' luah kekesalan terhadap filem Pulau. Terdahulu, salah seorang pelakonnya dalam satu temu bual memberitahu tiada siapa memaksa untuk menonton filem tersebut sekiranya tidak suka. Dalam pada itu, Asma' berkata, meskipun ada segelintir pelakon tidak terlibat melakukan babak tidak senonoh namun mereka tetap bersubahat kerana masih menerima keuntungan bersama. Justeru kata Asma', jika dilihat daripada aspek dosa dah pahala maka wajar filem tersebut dibatalkan sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan. ARTIKEL BERKAITAN: LPF terima kandungan treler ‘Pulau’ berbeza, penerbit setuju tukar dengan suntingan baharu ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’, mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia "Mudah-mudahan mereka terselamat daripada dosa yang berterusan," jelasnya. Sementara itu, Asma' turut melahirkan kebimbangan apabila treler filem berkenaan secara terang-terangan mempromosikan babak 'soft porn' namun berselindung di sebalik genre seram. Katanya lagi, usaha banyak pihak memberi didikan tentang bahaya pornografi sebelum ini menjadi sia-sia apabila penghasilan filem sebegini boleh merosakkan minda anak muda. "Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak berunsurkan lucah adalah haram. USTAZAH ASMA' HARUN PENDAKWAH BEBAS "Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak berunsurkan lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada ringan atau berat. "Jika budaya lucah sudah menjadi darah daging kanak-kanak seawal usia 5 tahun, adakah kita nak bertanggungjawab? Apatah lagi jika budaya jijik itu dilakukan oleh anak-anak kita sendiri? "Bukan kita tidak tahu kesan ketagihan pornografi, tetapi demi keuntungan dunia, moral dan masa depan masyarakat sanggup digadaikan," ujarnya. Antara babak di dalam filem Pulau. Pun begitu, Asma' meluahkan rasa syukur apabila masyarakat kini semakin celik dan sama-sama menolak filem ini untuk terus ditayangkan. Malah Asma' berharap penggiat seni dapat menghasilkan karya yang dapat memberikan mesej baik kepada orang ramai. Sebelum ini, penerbit Pulau, Fred Chong menjelaskan pihaknya hanya mahu mengetengahkan budaya sebenar masyarakat di negara ini dan bukannya menunjukkan unsur tidak baik kepada penonton. Filem Pulau menampilkan Ikmal Amry, Sanjna Suri dan Amelia Henderson. Fred berkata, menerusi filem tersebut pihak produksi memaparkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia sekali gus mempromosikan Pulau Langkawi di mata dunia. Pihak LPF juga menjelaskan terdapat perbezaan di antara kandungan treler filem berkenaan yang dikongsi kepada umum dengan salinan yang dikemukakan bagi tujuan penapisan. Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube