suria

Rakan artis marah, tapi netizen ‘back up’ Mas Idayu... Ramai sependapat Sissy Iman nyanyi tak sedap, rosak lagu Jampi

Netizen setuju dengan komen diberikan Mas Idayu pada Sissy Iman dan Naim Daniel.

SEJAK beberapa hari lalu, nama penyanyi Mas Idayu meniti dibibir netizen yang tidak berpuas hati dengan kritikan pedas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, yang bertindak sebagai juri tetap program tersebut memberitahu lagu nyanyian mereka iaitu Jampi didengari sangat kasar dan tidak sedap didengar seperti mana diharapkan.

Tidak hanya netizen, beberapa pemain industri seperti Datuk AC Mizal, Aubrey Suwito turut meluahkan rasa kurang senang dengan cara kritikan Mas Idayu yang sepatutnya dibuat dengan lebih berhemah.

Komen pedas tersebut turut membuatkan Sissy mengalirkan air mata sehingga mengambil keputusan untuk tidak melancarkan album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Februari ini.

Netizen sokong komen pedas Mas Idayu.

Sissy juga menganggap bidang muzik tidak lagi berpihak kepadanya selain memohon maaf kepada peminat disebabkan kegagalan memberi persembahan terbaik pada malam tersebut.

Disebalik kecaman diterima, seorang pengguna TikTok memuat naik semula video persembahan Sissy dan Naim sekali gus membuat ramai netizen mula menukar 'tune' dan bersetuju kritikan Mas Idayu.

Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mengaku persembahan pasangan duo itu teruk malah ada menyifatkan Sissy seakan-akan membawa lagu seram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa yang berkokok tu?” - Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri, stesen TV pun tak pernah tegur

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

"Memang sesuai Mak Idayu marah, kita dengar pun sakit telinga. Saya sokong Mummy tegur dia sampai menangis.

"Bila dengar balik macam lagu hantu pun ada... kalau tengah malam bawa kereta tempat sunyi dengar lagu ini. Tak ke seram?

"Kali ini aku sokong Mummy marah, suara Sissy memang unik sampai aku nak tolong tutup mulut dia.

"Ke laut dalam dia menyanyi, daripada nak bersimpati, dengar terus rasa marah," antara komen netizen.

326348878_691530866019288_640415598170762042_n (1)

Persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di Famili Duo.

Malah ada turut menyifatkan persembahan mereka berdua telah merosakkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini itu.

Terdahulu, Mas Idayu menerusi kenyataan kepada mStar berkata, dia berharap Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik baik.

Kata Mas Idayu, dia menegur kerana sayangkan mereka berdua dan melihat Sissy dan Naim mempunyai potensi besar sebagai penghibur.

"Kepada Sissy dan Naim, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain