suria

Selepas Nabila Huda hamun aktres penyondol, kali ini Sharnaaz pula tumpang geram… Minta ‘banned’ keluar TV

Sharnaaz minta pelakon ganggu rumah tangga kena ban dari televisyen.

SEJAK pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan.

Pendedahan tersebut juga menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan selebriti yang turut melahirkan rasa geram dengan keberanian aktres tersebut cuba menyondol Aliff daripada Bella.

Menerusi hantaran di Instagram Story, aktor Sharnaaz Ahmad, 38, turut meluahkan rasa geram terhadap isu tersebut dan berpendapat pelakon berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan sikap buruk itu.

Tidak hanya menujukan kepada sebelah pihak, Sharnaaz berkata, baik lelaki atau perempuan, kedua-dua sepatutnya digam daripada terus muncul di televisyen sekiranya buat 'hal' di set penggambaran.

292766632_409758094506072_7603642008717228412_n

Sharnaaz minta pelakon ganggu rumah tangga kena ban.

"Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen," katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak pernah mempunyai pengalaman seperti itu dan apa diluahkan hanya sekadar pandangan secara umum.

"Saya tak terlibat dalam cerita ini," ujarnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz ‘disondol’ lagi! Pelakon wanita berani mengaku jatuh cinta depan Bella Astillah... “Dia kata bodoh tersuka suami saya”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan dengan Aliff Aziz bermasalah, bertarung lembaga hitam dan mimpi didatangi ular... Bella Astillah terkena sihir pemisah

Sementara itu, pelakon Nabila Huda juga turut menyelar tindakan heroin berkenaan yang dikatakan bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya akan terjejas.

"Siapa perempuan itu? Yang shooting sekali dengan Aliff itu ke? Pelakon baru, kan? Meh sini aku ganyang dia, mengada 'ter' suka suami orang.

"Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur di set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya awak sebagai pelakon.

66281762_2897553037135525_3511537944878087720_n

Nabila Huda nak geram dengan heroin drama tersuka suami orang.

"Tak boleh nak kawal nafsu dan foksu bukan untuk berlakon tapi menyundal dekat set," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Nabila juga menasihati aktres berkenaan agar tetap fokus tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon semasa di set penggambaran.

"Tolonglah, buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka ke, terlanjur ke, please lah! Fokus dengan apa yang awak buat. Jadi seorang pelakon yang bagus dan hebat. Bukan jadi pelacur yang hebat! Faham?," tambahnya.

Terdahulu, Bella mengakui tindakan memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini memang ditujukan kepada aktres tersebut sebagai satu bentuk amaran agar tidak menggangu rumah tangganya.

Bella berkata, selain mengakui menyukai Aliff kepadanya, pelakon wanita tersebut turut mahu berkawan dengannya meskipun ditolak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain