suria

Siasatan terperinci dijalankan, D11 ambil alih kes Hafidz Roshdi cederakan isteri

Kes melibatkan Hafidz dipindahkan ke IPK Selangor.

KES mencederakan isteri melibatkan aktor Hafidz Roshdi terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Selangor.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Shafa'aton Abu Bakar yang sebelum ini menerima laporan berhubung insiden pada awal pagi 2 Mac lalu.

Memaklumkan perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberi gambaran siasatan terperinci akan dilakukan terhadap pelakon berkenaan.

“Kes itu diambil alih siasatan oleh bahagian D11 Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak IPK Selangor,” katanya secara ringkas ketika dihubungi mStar.

IMG_3024

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu.

Bagaimanapun belum dapat disahkan secara terperinci sama ada Hafidz telah dipanggil atau direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian tersebut, Hafidz didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada cedera di muka dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi... Polis sahkan terima laporan

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca jatuh sakit

Laporan telah dibuat oleh dua ahli keluarga Shuhada sendiri.

Berikutan kejadian itu, Shuhada telah dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan dan menerima 10 jahitan di bahagian pipi kirinya.

Shuhada menerusi satu kenyataan berkata, dia tidak akan berdiam diri selepas kejadian yang berlaku apatah lagi doktor memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya.

IMG_2946 (1)

Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan akibat ditumbuk Hafidz.

Pada 22 Februari lalu Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Shuhada kemudiannya ke mahkamah syariah pada 28 Februari lalu untuk memafailkan proses pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain