PELAKON Uqasha Senrose mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata semasa keguguran itu berlaku dia berdepan haid berpanjangan dan tidak mengetahui dirinya sedang hamil. "Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Uqasha dan Kamal reda kehilangan bayi dalam kandungan. "Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah. Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biar sahaja. "Semasa umrah bersama suami selepas kahwin saya tak dapat buat ibadah sangat... kemudian semasa nak PRU15 sekali lagi saya datang haid tak berhenti," katanya kepada mStar. Uqasha ditemui semasa Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Uqasha Senrose! Kamal Adli beri hadiah mewah RM12,000 sempena ulang tahun ke-30 ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mengadu dengan Kamal Adli, pening layan netizen asyik buat dosa kering kutuk saiz badan Bimbang keadaan kesihatannya ketika itu, Uqasha memberitahu dia segera bertemu doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Dia bagaimanapun dimaklumkan kandungan berusia dua bulan itu tidak dapat diselamatkan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah yang terkumpul. "Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT). "Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi. UQASHA SENROSE PELAKON "Saya terpaksa jalani pembedahan kerana darah tersebut telah berkumpul di bahagian ovum," katanya. Meskipun bersedih dengan apa yang berlaku, Uqasha berkata dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Memandangkan dirinya sibuk menjalani penggambaran drama terbaharunya, dia dan suami tidak merancang untuk memiliki anak lagi. "Mestilah sedih, siapa yang selepas kahwin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi. Kamal dan Uqasha rancang ada anak lagi. "Saya pun lasak masa itu dengan pengambaran dan kerja yang tidak berhenti menyebabkan kandungan yang masih baru tak kuat lagi. Nak kerja itu boleh tapi bukan yang kasar dan berat-berat. "Alhamdulillah sekarang okay, saya pun sedang jalani pengambaran untuk drama 70 episod jadi saya tak rancang untuk ada anak buat masa ini," ujarnya. Untuk rekod Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!