suria

Kakitangan pecah amanah punca Fazura buat laporan polis, akui terlalu mudah percaya orang

Fazura anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

TINDAKAN Fazura membuat laporan polis pada Ogos tahun lalu akhirnya terjawab apabila pelakon dan usahawan itu mengesahkan ia melibatkan kes pecah amanah syarikat miliknya melibatkan kakitangan yang dipercayai.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, kes tersebut melibatkan beberapa individu berbeza dengan kerugian yang besar.

Bagaimanapun pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

"Betul, memang ada isu pecah amanah yang sangat berat. Kes membabitkan kakitangan sementara dengan sejumlah wang yang banyak.

Fazura serah kes pecah amanah kepada pihak berkuasa.

"Bukan satu kes sahaja, sebaliknya ada beberapa kes lain melibatkan individu berbeza.

"Saya tak mahu ulas panjang mengenainya kerana kesemua kes ini masih dalam siasatan pihak polis, Insya Allah kita akan tahu lebih lanjut nanti," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura sudah sedia timang cahaya mata kedua... impi miliki anak lelaki pula

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua-dua cantik, humble sangat!” - Netizen suka tengok Fazura dan adik Neelofa saling memuji

Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Fazura 2023 yang diadakan pada malam Jumaat.

Meskipun bersedih dengan apa berlaku, Fazura enggan mendedahkan identiti mereka yang terlibat kerana mahu menjaga air muka mereka.

Sebaliknya kata Fazura, dia kesal apabila mereka yang menjadi orang kepercayaannya mudah gelap mata apabila melihat wang yang banyak di depan mata mereka.

"Apabila berlaku perkara seperti ini, saya sedih... Itulah dia manusia. Mungkin apabila melihat terlalu banyak wang di depan mata, mereka jadi tamak dan hilang pertimbangan," katanya kagi.

Fazura lebih berhati-hati dalam mempercayai orang.

Fazura juga menyifatkan kejadian ini sebagai pengajaran untuknya lebih berhati-hati dalam mempercayai seseorang apatah lagi ini bukan kali pertama dia dikhianati orang kepercayaannya.

"Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang, itulah silap saya. Tak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi untuk pengajaran saya.

"Sebab sejak kebelakangan ini saya banyak mengalami seperti ini (dikhianati) dengan pekerja atau rakan-rakan. Tak boleh percaya sesiapa waluapun dia seorang yang rapat dengan saya.

"Namun, saya tidak menyesal dengan sikap terlalu percayakan orang itu. Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar sesuatu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain