ISTERI Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul Yusof sendiri aitu KL Gangster. Diyana, 42, berkata, kecederaan itu berlaku ketika Aaron menjalani latihan dan berharap Syamsul memahami keadaan dilalui suaminya itu. "Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan. Syamsul mendedahkan punca nama Aaron digugurkan. "Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan," katanya. Diyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis sebagai respons kepada kenyataan Syamsul yang berkongsi punca Aaron digugurkan dalam The Original Gangster. TONTON VIDEO SYAMSUL INI! Laporan media sebelum ini turut melaporkan Aaron mula mengalami kesakitan selepas ditimpa kemalangan semasa penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia pada 2013. Dalam pada itu, Diyana mendedahkan dia banyak menangis sepanjang projek lakonan KL Gangster kerana tidak menyangka perlu melalui detik-detik sukar sebagai seorang pengurus artis kepada Aaron. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seakan-akan ada konflik, Aaron Aziz digugurkan dari 'Original Gangster'... Sudah maafkan Syamsul Yusof Diyana bagaimanapun mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku dan menegaskan apa pun yang terjadi, budi bahasa tetap perlu diutamakan. "Saya menangis teruk untuk projek ini. Sepanjang bergelar pengurus, saya tidak pernah lalui detik sukar seperti ini. "Saya kini sedar kalau nak all out kita perlu tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting. "Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini. Allah lebih tahu dan perancang yang terbaik," ujarnya. Kenyataan yang dibuat oleh Diyana menerusi artikel mStar. Pada Rabu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan dalam The Original Gangster walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan. Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan dan keputusan itu bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain yang terlibat. Sebaliknya Syasmul ialah orang terakhir yang terpaksa akur atas pengguguran Aaron itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube