suria

Tuduhan Diana bercanggah dengan laporan polis, Farid Kamil akan kemuka kebenaran di mahkamah

Farid menafikan dakwaan Diana.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil mendakwa kenyataan dibuat oleh isterinya, Diana Danielle berhubung dakwaan dia menengking dan mengurung anak perempuan mereka adalah tidak benar.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, menjelaskan kenyataan dibuat Diana juga bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat sebelum ini.

"Assalamualaikum, sebagai makluman 'umum' ke atas kenyataan Diana Lee Beeson di Instastory.

farid1 - 1

Kenyataan daripada Farid di Instastory.

"Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat," katanya.

Farid berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Farid menjelaskan segala tuduhan yang dibuat oleh Diana akan dia kemukakan sewaktu perbicaraan di mahkamah kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana dakwa Farid tengking, kurung anak dalam bilik... biar tidur di lantai

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden 'petik cili' bukan punca minta cerai, Diana dedah Farid mengamuk sampai polis datang rumah

"Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah," ujarnya.

Pada pagi Isnin, Diana, 32, memuat naik kenyataan di Instastory mendedahkan suaminya pernah melakukan penderaan terhadap anak kedua mereka iaitu Nur Aurora.

Diana mendakwa selain ditengking Farid selama beberapa hari, anak perempuannya itu juga pernah dikurung dalam sebuah bilik.

Pelakon drama She Was Pretty itu mendedahkan disebabkan kejadian berkenaan dia juga terpaksa menghubungi polis bagi membolehkan dia membawa anak-anaknya keluar dari rumah mereka dengan selamat.

Diana juga menyangkal insiden anaknya memetik cili di rumah jiran menjadi punca dia menuntut cerai pada awal Mac lalu terhadap Farid dan mendedahkan punca Aurora trauma dengan Farid.

farid2 - 1

Farid menafikan dakwaan Diana tentang tindakannya kepada Aurora.

Pada 20 Mac lalu, ketika sebutan kes penceraian pasangan itu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora yang kini berusia 8 tahun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain