suria

[V] Rundingan buntu... Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya sepakat untuk bercerai

Sarah dan Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

SETELAH usaha untuk berdamai menemui kegagalan, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik.

Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam Ahad, beberapa jam sebelum perlu hadir ke mahkamah yang dijadual pada pagi Isnin bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.

Justeru, dalam pertemuan malam Ahad itu, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.

Dalam pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, kedua-dua pasangan tersebut hadir bagi urusan perceraian mereka.

WhatsApp Image 2023-04-10 at 9.43.15 AM

Syamsul hadir ditemani peguam Azmi Mohd Rais.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April 2023 ini bagi kedua-dua belah pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik.

Syamsul yang muncul di mahkamah kira-kira pukul 8.55 pagi kelihatan tenang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais dan dua orang sepupunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul puji sikap profesional Puteri Sarah, rumah tangga diuji tapi tak halang jumpa anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul tak mahu sakiti lagi perasaan Puteri Sarah, reda sebarang ketentuan rumah tangga

Manakala Puteri Sarah hadir tepat pukul 9 pagi ditemani peguam dan adik perempuannya.

Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.

Syamsul pada 21 Mac lalu memafailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah iaitu tiga hari sebelum mereka bertemu untuk proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Bagaimanapun pertemuan itu gagal mencapai kata sepakat ekoran Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penceraian.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain