PENGARAH dan pelakon Farid Kamil tampil membuat permohonan maaf terhadap isterinya, Diana Danielle susulan tuduhan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka sebelum ini. Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, permohonan maaf itu bukan sahaja buat Diana tetapi juga ibu mentuanya, Norsiah Ramli. Pelakon itu turut menarik balik kenyataan dibuat kepada sekumpulan wartawan ketika di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada 28 Mac lalu. "Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga. Farid membuat permohonan maaf itu di Instastory miliknya. "Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi," katanya. Farid berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu. Tidak menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, Farid hanya berharap Diana dan ibu mentuanya sudi memaafkan keterlanjuran yang tidak disengajakan itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil terkejut lihat ibu mentua di mahkamah, dakwa Diana Danielle pernah usir sejak 2019 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sejambak ros tak dilayan, Farid Kamil terus pujuk Diana... Kali ni beri tawaran lebih RM300,000 termasuk Vellfire "Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon maafkan kekilafan yang terjadi," ujarnya. Sebelum ini, Farid mendedahkan terdapat pihak ketiga sebagai punca rumah tangganya dengan Diana berantakan sehingga aktres tersebut memfailkan cerai pada awal Mac lalu. Jelas Farid, kehadiran pihak ketiga itu mula dihidu sejak tahun lalu lagi. Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!