suria

[V] Buka inap desa guna wang haram, Black Hanifah kenal individu sebar fitnah - “Ia akan jadi darah daging”

Black kesal dituduh guna wang haram.

PENYANYI Black Hanifah meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa bisnes inap desa Rindu d'Villa miliknya di Pulau Langkawi, Kedah menggunakan modal hasil penggubahan wang haram.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, menegaskan dakwaan tersebut adalah fitnah dan menganggap ia sebagai cara pihak tersebut mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya rasa niat dia bukan nak jatuhkan saya cuma mungkin nak dapatkan peluang perniagaan lain dengan menggunakan nama saya.

"Cumanya saya harap pihak itu hentikan fitnah saya dan carilah rezeki dengan cara sendiri dan paling penting halal," katanya kepada mStar.

photo1681713429

Black sedih namanya difitnah oleh individu dikenalinya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia sudah lama mengetahui cakap-cakap mengatakan dia menggunakan wang haram membuka perniagaan namun memilih mendiamkan diri.

Kata Black, dia mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut memandangkan dia menyampai cerita tersebut daripada mulut ke mulut sehingga sampai ke pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Kedah buat Black Hanifah tak senang duduk, hubungi ibu bapa setiap 10 minit bimbang paras air naik

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu peribadi Black Hanifah hilang 5 hari, muncul dalam keadaan misteri

"Saya kecewa dan terkejut sebenarnya bila dapat tahu malah saya kenal individu yang mencanang perkara itu.

"Apa yang saya boleh kata, berhentilah buat fitnah dan jangan senang-senang guna nama orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Black menjelaskan villa tersebut dibina menggunakan modal hasil titik peluhnya sebagai penyanyi selain simpanan selama 10 tahun bersama isterinya, Cira Khairi.

photo1681714093

Black memberitahu dia dan keluargnya bakal beraya di Rindu d'villa Langkawi.

Katanya, dia tidak tergamak untuk memulakan perniagaan itu dengan cara yang salah kerana sedar hasil menggunakan cara haram akan menjadi darah daging dan berdosa besar.

"Selama 10 tahun saya dan isteri simpan duit untuk bina villa ini selain hasil sepanjang saya bergelar penyanyi.

"Buat apa saya nak mulakan perniagaan dengan cara haram? Saya ada anak-anak dan mahu besarkan mereka dengan rezeki halal apatah lagi ia akan jadi darah daging," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain