PELAKON Hafidz Roshdi mendakwa isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mengalami keguguran sebaliknya memilih untuk menggugurkan kandungan anak ketiga mereka yang baharu memasuki usia 14 minggu. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mendakwa Shuhada ada menghantar mesej pesanan di WhatsApp miliknya memaklumkan dia hamil dan mahu menggugurkan kandungan tersebut. Jelas Hafidz, dia juga merayu agar isterinya itu tidak berbuat demikian malah berjanji akan bertanggungjawab terhadap anak mereka meskipun pelbagai masalah melanda rumah tangga mereka. "Dia ada WhatsApp saya memberitahu dia hamil dan mahu gugurkan kandungan. Hafidz mahukan penjelasan daripada Shuhada berhubung kehilangan anak ketiga mereka. "Saya tidak bersetuju dia melakukan pengguguran, saya sudah menghalangnya. Saya ada beritahu padanya agar jaga dia (kandungan) dengan baik dan saya akan bertanggungjawab tapi sebaliknya berlaku. "Memang sedih apabila dapat tahu tentang keguguran anak ketiga kami," katanya kepada pemberita. Hafidz mengulas perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Selasa bagi sebutan pengesahan lafaz cerai mereka bagaimanapun kes itu ditangguhkan pada 20 Jun depan. ARTIKEL BERKAITAN: Sisa sayang tinggal sebagai bapa kepada anak-anak, Shuhada serah soal jodoh kepada takdir ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada mahu teruskan hidup tanpa dendam, ucap terima kasih kepada Aliff Syukri Tambah Hafidz, Shuhada ada memberitahu kepadanya dia ingin menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin memulakan kehidupan baharu. Hafidz berkata, dia hanya mengetahui Shuhada mengalami keguguran pada 5 Mei lalu selepas dimaklumkan oleh peguamnya selepas menerima surat daripada pihak Shuhada mengatakan dia mengalami keguguran pada hari raya kedua iaitu 23 April 2023. "Dia nak fokus dengan kehidupan baru dia. Dia pun ada kata, dua (orang anak) pun setengah mati nak jaga, apatah lagi tiga," ujarnya. Dia ada WhatsApp saya memberitahu dia hamil dan mahu gugurkan kandungan. HAFIDZ ROSHDI PELAKON Dalam pada itu, kata Hafidz, selepas Shuhada memberitahu mahu menggugurkan kandungannya, dia membuat laporan polis termasuk satu lagi laporan selepas dia dimaklumkan tentang keguguran dialami isterinya itu. Jelasnya, sebagai bapa dia berhak di bawah undang-undang untuk mendapat penjelasan sebaiknya daripada Shuhada berhubung perkara itu. "Saya berasa amat sedih atas berita kononnya Shuhada telah mengalami keguguran dan dia tidak memaklumkan mengenai perkara itu. "Selain laporan polis, saya turut meminta peguam untuk menulis surat kepada peguam Shuhada untuk mendapatkan kepastian berkenaan punca dan sebab sebenar kononnya Shuhada mengalami keguguran. Pergolakan rumah tangga pasangan ini masih belum berakhir. "Ini termasuk dokumen-dokumen berkaitan dengannya untuk penelitian dan tindakan lanjut," katanya. Menerusi laporan media sebelum ini, Shuhada menyangkal tuduhan dia sengaja menggugurkan kandungan tersebut sebaliknya memberitahu tekanan selain tidak mengambil ubat anti-kemurungan menyebabkan dia mengalami keguguran. Dalam perkembangan sama, peguam mewakili aktor itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihaknya terus berhubung dengan peguam Shuhada selepas wanita itu memaklumkan hasrast menggugurkan kandungannya. Hafidz dimaklumkan Shuhada keguguran melalui peguam. "Selepas Hafidz terima WhatsApp tentang hasrat menggugurkan kandungan, kami terus maklumkan kepada peguam Shuhada serta-merta sebelum membuat laporan polis pertama sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu. "Selepas itu, dapat berita Shuhada sudah keguguran dan anak guam saya terperanjat sebelum membuat laporan polis kedua kerana berpendapat perkara itu adalah satu kesalahan jenayah. "Buat masa ini, kami akan tunggu tindakan pihak polis mengenai hal ini," jelasnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!