suria

Dituduh punca teman lelaki putus tunang, sejak awal Farisha Iris sudah minta bukti elak jadi perampas

Farisha serah kepercayaan kepada kekasih hati.

PELAKON dan penyanyi Farisha Iris menyangkal tuduhan jahat mengatakan dia seorang perampas apabila didakwa sebagai punca ikatan pertunangan teman lelakinya sebelum ini terlerai.

Farisha, 24, menjelaskan dia sedia maklum tentang hubungan teman lelakinya sebelum ini namun dia bukan orang ketiga kerana hanya berkenalan dengan jejak tersebut selepas mereka putus tunang.

"Tuduhan orang kata saya merampas itu tidak betul, kami kenal awal tahun lalu. Saya ingat tarikhnya iaitu 1 Mac. Saya pun tak jangka yang saya boleh kenal dia, ia berlaku secara semula jadi.

Snapinsta.app_349042634_1453381395471428_8962537979030964849_n_1080

Farisha dakwa dirinya bukan perampas.

"Kes itu sebenarnya sudah lama. Saya pun sedia maklum tentang perkara itu, termasuk bila dia putus tunang dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Farisha menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dedah bekas kekasih bermula huruf N, Farisha Iris kata bukan Niezam Zaidi... “Saya main cakap je sebab nak jumpa Raisa”

ARTIKEL BERKAITAN: Farisha Iris dapat sekuntum bunga ros, Niezam Zaidi malu-malu aksi ‘sweet’ dirakam

Dalam pada itu, sebelum melanjutkan hubungan Farisha sudah mendapatkan pengesahan dan cerita sebenar mengenai hal tersebut daripada teman lelakinya kerana tidak mahu ada salah faham berlaku di kemudian hari.

Malah kekasihnya itu turut menyertakan bukti bagi membela dirinya dan dia berpuas hati dengan penjelasan diberikan.

Setahu saya kenyataan yang dikeluarkan itu tidak tepat.

FARISHA IRIS

PENYANYI/PELAKON

"Saya sebenarnya tidak berapa gemar nak ambil tahu tentang kisah silam dia sebelum ini sebab saya sendiri tak suka kalau orang nak korek kisah lalu saya.

"Tapi bila ada rasa ingin tahu, saya tanya dia dan teman lelaki turut sertakan bukti tentang persoalan bermain dalam fikiran saya.

Snapinsta.app_337327233_1330822284374463_1580536119269972906_n_1080

Farisha tahu kisah sebenar punca kekasih putus tunang.

"Manusia ini dilahirkan dengan berbeza perangai dan pendapat, jadi saya tak tahu sama ada betul atau tidak... tapi sepengetahuan saya tuduhan itu tidak benar," jelasnya.

Sementara itu, Farisha berkata, dia enggan mengambil pusing kata-kata netizen berhubung isu itu kerana paling penting dia lebih mengetahui kisah sebenar.

"Saya tak boleh tutup mulut orang daripada bercakap. Saya pun tak tahu nak jelaskan apa, jadi saya biarkan sebab paling penting saya dan dia tahu kebenarannya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain