suria

Berbulan-bulan kena body shaming, Aaron Aziz penat dikecam - “Saya ada aniaya orang ke?”

Aaron kesal jadi mangsa buli.

PELAKON Datuk Aaron Aziz meluah rasa penat dengan kecaman di media sosial dan meminta kehidupannya tidak lagi diganggu.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, turut mempersoalkan apa kesalahan yang sudah dilakukan sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain.

"Saya manusia biasa. Adakah kalau saya mengalami kemurungan atau lagi teruk baru kalian puas hati? Saya dah penatlah. Tolong jangan ganggu saya.

"Apa kesalahan saya? Saya ada aniaya orang ke? Saya ada zalimi orang ke? Saya menyusahkan hidup orang ke? Kenapa tak henti-henti kecaman," katanya.

aaron2 - 1

Aaron meluahkan rasa kesal.

Aaron membuat luahan itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Luahan itu dibuat Aaron selepas isterinya Datin Diyana Halik memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa sedih apabila suaminya itu sering menjadi mangsa body shaming di media sosial.

Kata Diyana, selama berbulan-bulan Aaron menjadi mangsa buli dan hanya mengambil pendekatan berdiam diri apatah lagi mengambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth, netizen kata rezeki kena singkir filem Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

Bagiamanapun kali ini Aaron mahu bertindak lebih serius apabila Diyana bertanya soal peguam kepada pengikutnya.

"Assalamualaikum. Nak tanya ada tak cadangan untuk lantik peguam? Berbulan-bulan suami saya kena body shamed.

"Kira baik juga selama ini suami saya tak buat apa-apa dan tak saman orang yang menghinanya. Tapi kali ini apa motif semua ini dibuat," ujarnya.

Menerusi hantaran itu, dilihat berang apabila sebuah portal menyiarkan foto sindiran antara Aaron dan pengarah Syamsul Yusof susulan aktor Ombak Rindu itu menerima jemputan istimewa bertemu dengan Chris Hermsworth.

Menerusi foto yang dikongsi, sindiran itu menggunakan foto Syamsul ketika memegang watak Shark dalam filem KL Gangster dan kelihatan foto Aaron yang sedang menunduk sedih kerana dikatakan badannya sudah semakin berisi.

aaron1 - 1

Luahan Aaron dan Diyana di Instagram.

Kata Diyana, mereka sudah melupakan hal itu tetapi masih ada pihak yang bersikap batu api untuk melaga-lagakan kedua-dua artis itu.

"Kami semua dah move on. Tiba-tiba nak api-api kan dan bodyshamed lagi dan lagi.

"Jadi kali ini, suami saya tidak lagi boleh ditindas dan saya tidak boleh menerima isu body shaming ini lagi," katanya.

Tambah Diyana lagi, dia berasa kesal kerana perkara positif yang berlaku dalam kerjaya Aaron di salah guna sehingga mendatangkan keburukan buat suaminya itu.

"Satu perkara yang baik dan positif bertukar menjadi buruk seperti ini. Ya Tuhan. Mendatangkan dosa buat apa ya. Tak faham," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain