PENGARAH Syamsul Yusof memberi bayangan konflik rumah tangganya bersama isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana bakal berakhir pada Rabu. Syamsul ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur berkata, dia dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, sudah cuba mencari penyelesaian terbaik dan berharap semuanya berjalan lancar. "InsyaAllah, hari ini (Rabu) selesai. Harap baik-baik sahaja. Percubaan untuk selesaikan secara baik sudah berlangsung sejak minggu lalu. Syamsul berharap semua urusan berjalan lancar. "Insya Allah ada jalan penyelesaian yang terbaik Kita tunggu sebentar lagi. Mungkin ada berita baik," katanya kepada pemberita. Dalam pada itu, Syamsul berkata tiada kejutan yang bakal dibuat kerana dia dan Puteri Sarah sudah sepakat demi memikirkan tentang anak-anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. "Tiada saspens, sudah berapa lama kes kami berlangsung. Saya dengan Sarah hanya memikirkan satu perkara iaitu anak-anak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dakwaan Syamsul kononnya pernah lafaz cerai terhadap Puteri Sarah, peguam tunggu tindakan lanjut ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah bantah injuksi sebab kebebasan bersuara, mahkamah buat keputusan 14 Ogos Sementara itu, Puteri Sarah hanya memberi komen ringkas mengharapkan agar kemelut bersama suami dapat diselesaikan dengan baik dan memohon doa agar proses perpisahan mereka berjalan lancar. "InsyaAllah boleh selesai semua, doakan harapnya semoga kita berpisah,” katanya. Mengulas lanjut tentang perbicaraan yang bakal berlangsung pada pagi Rabu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan aktres berkenaan dan suaminya pengarah Syamsul Yusof perlu menyelesaikan proses pengesahan dua lafaz cerai sebelum menuntut permohonan cerai baharu. Insya Allah ada jalan penyelesaian yang terbaik Kita tunggu sebentar lagi. Mungkin ada berita baik. SYAMSUL YUSOF PENGARAH Menurut Akberdin, pihak mahkamah perlu mengetahui jumlah lafaz cerai yang telah dibuat oleh Syamsul, 39, terhadap Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, sebelum meneruskan untuk penceraian baharu. "Hari ini (Rabu) merupakan proses untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga untuk mengetahui status permohonan cerai baharu. "Sebelum kami meneruskan dengan lafaz cerai baharu itu, kami perlu menyelesaikan pengesahan dua lafaz cerai. "Selagi tidak disahkan, mahkamah tidak akan meneruskan ke lafaz cerai baharu kerana pihak mahkamah perlu tahu sudah berapa kali lafaz cerai dilakukan," jelasnya. Akberdin bagaimanapun memberitahu berkemungkinan lafaz cerai yang dibuat tidak sah dan terdapat beberapa persetujuan yang sudah dibuat untuk diusulkan kepada mahkamah. Tambah Akberdin, semuanya bergantung kepada Syamsul sekiranya dia bersetuju atau tidak dengan kenyataan lafaz cerai seperti yang didakwa Puteri Sarah. "Kemungkinan lafaz cerai tak sah, semuanya bergantung kepada suami (Syamsul). Ada beberapa persetujuan yang sudah dicapai akan kami usulkan kepada mahkamah. Puteri Sarah sepakat demi anak-anak. "Jadi, semuanya bergantung di tangan suami jika dia bersetuju atau tidak. Kalau suami kata tidak pernah berlaku, hakim perlu mendengar perkara itu," katanya. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!