PELAKON Diana Danielle sudah mempersiapkan mental meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas sah bercerai dengan aktor Farid Kamil pada petang Khamis. Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, fokusnya kini adalah membesarkan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora yang memerlukan perhatian. "Saya sangat tenang akhirnya boleh tutup buku lama dan mulakan kehidupan baru selain mendoakan agar Farid dapat buat perkara sama. Diana sudah bersedia berdepan perceraian. "Sejak awal mental saya memang sudah bersedia dan selepas ini akan jalani kehidupan seperti biasa dan meneruskan amanah menjaga anak-anak," katanya kepada mStar. Diana berkongsi perkara itu selepas prosiding penceraiannya dengan Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. Dalam pada itu, Diana berkata, dia enggan mengulas lagi mengulas mengenai hubungannya dengan Farid sehingga membawa penceraian mereka kerana hanya orang tertentu mengetahui kisah sebenar. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dan Diana Danielle sah cerai talak satu, lafaz secara online ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle harap kemelut rumah tangga segera berakhir, tetap jaga hubungan baik dengan Farid Apa lebih penting ketika ini, dia dan Farid perlu bekerjasama mencari momentum baharu bagi memastikan kedua-dua anak mereka dijaga dengan baik dan mendapat kasih sayang secukupnya. "Saya tak nak cakap lagi fasal perasaan sebab ia terlalu peribadi, cukuplah kami berdua yang tahun dan ia bukan keputusan yang senang untuk dibuat. "Saya kena cuba cari momentum baru bersama Farid untuk menjaga anak-anak," ujarnya. Sejak awal mental saya memang sudah bersedia dan selepas ini akan jalani kehidupan seperti biasa dan meneruskan amanah menjaga anak-anak DIANA DANIELLE PELAKON Sementara itu, Farid menerusi Instagram miliknya memberitahu apa yang berlaku adalah ketetapan oleh Tuhan dan sudah berusaha mempertahankan perkahwinan dibina selama 11 tahun. "Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia, akhirat. "Kita hanya boleh rancang dan usaha tetapi ketetapan hanya pada yang punya kuasa," katanya. Diana kini fokus untuk anak-anak. Farid melafazkan cerai talak satu terhadap Diana menerusi panggilan video di dengari oleh Hakim Syarie Syukran Yusof. Pelakon dan pengarah itu tidak dapat hadir pada prosiding tersebut disebabkan tidak sihat akibat kesan Covid-19. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!