suria

Puteri Sarah minta wanita teraniaya jadi bijak dan bermaruah, tak perlu bersaing sesama sendiri - “Macam ikan lumba-lumba pula”

Puteri Sarah tampil memberi respon berhubung isu Abang Tesla.

BEBERAPA kenyataan panas dikeluarkan personaliti media sosial iaitu Abang Tesla berhubung isu berkahwin dua menerusi siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films yang disiarkan pada Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk selebriti.

Pelakon Puteri Sarah Liyana turut tampil memberi respon berkenaan isu berkenaan dengan memberitahu seorang wanita perlu memiliki sikap berdikari dan bukan hanya bergantung harap kepada lelaki.

Kata pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, itu, wanita juga perlu menjadi bijak dan tahu menilai serta menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

"Kerja keras, cari duit sendiri, berdikari, pergi melancong ke seluruh dunia... Jadi wanita yang bijak dan bermaruah.

sarah11 - 1

Kenyataan Puteri Sarah di Instastory miliknya.

"You do you, jangan bergantung dengan orang lain. Awak berhak membuat keputusan, sayangi dan tahu untuk menilai kebaikan diri sendiri," katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan, Puteri Sarah yang pernah hidup bermadu sebelum memutuskan untuk bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof turut berpendapat wanita mempunyai hak untuk mengundurkan diri sekiranya diperlakukan tidak baik oleh pasangan mereka.

"Tak suka angkat kaki, selamat tinggal. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam yakin Puteri Sarah mampu selesaikan isu diganggu, minta elak saman menyaman

ARTIKEL BERKAITAN: "Lelaki memang tak boleh ada duit" - Kak KM wakili kaum wanita bersuara isu Abang Tesla, bengang cakap tak serupa bikin

"Kita ada maruah... Tak perlu nak berlumba-lumba dengan wanita lain. Macam ikan lumba-lumba pula," ujarnya.

Sebelum ini, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina Jamari.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

as

Isu Abang Tesla kahwin dua tular di media sosial.

Menerusi temu bual podcast itu, Abang Tesla secara berseloroh tidak menolak akan berkahwin lagi jika isteri keduanya juga tidak mampu memberinya zuriat.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menjelaskan soal anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat didedahkan kerana bimbang akan membuka aib isteri pertama.

Malah Abang Tesla berkata sejak dirinya berkahwin dua, isteri pertama akan betul-betul memanfaatkan masa bersamanya.

Disebabkan itu, Abang Tesla memberitahu bahawa kedua-dua isterinya kini mahu menunjukkan kepadanya siapa isteri yang terbaik.n

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain