suria

Syamsul bagi ‘green light’, Puteri Sarah nekad teruskan saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Sarah tegas mengambil tindakan saman.

PELAKON Puteri Sarah nekad meneruskan tindakan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Puteri Sarah atau Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata sebelum membuat keputusan itu, dia telah berbincang terlebih dahulu dengan bekas suaminya iaitu, Syamsul Yusof.

Jelasnya tindakan undang-undang itu terpaksa diambil kerana melibatkan dirinya, keluarga dan Syamsul.

sarah 2323

Puteri Sarah mendapat persetujuan Syamsul untuk kes saman.

"Saya dapat tahu info tentang wanita berkenaan masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.

"Apabila dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang lain pula ada masalah dengan kita.

"Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya, jadi Syamsul kata pada saya... awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam yakin Puteri Sarah mampu selesaikan isu diganggu, minta elak saman menyaman

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak main-main, hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang diadakan di Glass House, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memaklumkan dia mendapatkan pandangan bekas bapa dan ibu mentuanya berkaitan perkara tersebut.

Malah, kedua-duanya memberikan keizinan untuk dia meneruskan tindakan berkenaan.

Syamsul kata pada saya... awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia nekad dengan pendiriannya dan sama sekali tidak akan menarik saman berkenaan.

Pelakon drama Hijrah Jannah ini berharap perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.

"Kali ini saya memang buat betul-betul (saman) dan tak akan tarik semula.

"Dulu saya tarik saman kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing," ujarnya.

puteri sarah 45445

Puteri Sarah meneruskan saman terhadap individu yang bercakap buruk tentang dirinya.

Ditanya adakah wanita berkenaan ada menghubunginya untuk menjernihkan semula keadaan, Puteri Sarah berkata dia menyerahkan perkara itu kepada peguam.

"Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula," katanya.

Pada Sabtu lalu, 8, Puteri Sarah menerusi Instagram memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos lalu.

Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan