suria

Yasin Sulaiman mahu bantu anak sambung belajar ke Jepun, minta ibu sediakan rendang daging setiap kali hari perbicaraan

Makanan kegemaran Yasin adalah rendang daging masakan ibu.

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman meluahkan hasrat ingin membantu merealisasikan impian anak sulungnya iaitu Sameer melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun hadapan.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 51, yang memberitahu anak buahnya itu kini sedang mengikuti kursus bahasa Jepun dan mahu menyambung pengajian di negara matahari terbit itu.

"Antara perkara yang dia (Yasin) nak lakukan ialah merealisasikan impian anak lelakinya untuk sambung pelajaran.

size NP (4)

Zain Sulaiman sentiasa hadir ke mahkamah untuk beri sokongan moral pada adiknya.

"Tahun depan kalau boleh Sameer nak belajar di Jepun sebab dia minat bahasa Jepun, sekarang pun sedang ambil kelas bahasa Jepun.

"Saya rasa perkara pertama Yasin nak buat adalah cari cara bagaimana boleh bantu anak dia sambung belajar di sana," katanya kepada mStar.

Zain ditemui semasa perbicaraan saksi bagi pihak pendakwaan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berat badan semakin bertambah sejak masuk Hospital Bahagia, keluarga positif Yasin Sulaiman bebas tuduhan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman tak waras ketika kejadian, tiga pertuduhan berkaitan dadah diteruskan

Dalam pada itu, Zain turut memberitahu Yasin berada dalam keadaan baik dan sentiasa meminta ibu mereka menyediakan rendang daging ketika hari perbicaraan berlangsung.

"Sebelum ini setiap kali hari perbicaraan kes, keluarga kami akan bawa sedikit makanan untuk Yasin.

"Dia selalu meminta rendang daging masakan ibu, memang itu makanan kegemaran dia dan kalau boleh untuk sarapan dia nak karipap kentang," ceritanya.

size NP (3)

Rendang Daging masakan ibu adalah makanan kegemaran Yasin.

Untuk rekod, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang, pada 24 Mac tahun lalu.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dipenjara seumur hidup serta sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain