suria

“Kau bercakap tak pakai akal ke?” - Kak KM berang anak disamakan dengan OKU sindrom dobby, minta bersemuka kalau berani

Kak KM marah netizen menghina wajah anaknya.

BERANG dengan kata-kata tidak beradab netizen, usahawan sensasi Kak KM meminta mana-mana pihak bercakap buruk tentang anak perempuannya iaitu Rania supaya tampil bersemuka dengannya.

Malah Kak KM atau Liana Rosli juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekira ada komen melampau sehingga boleh menjejaskan emosi Rania.

"Jangan nak sibuk bercakap tentang anak orang. Saya tahu siapa yang bercakap itu... Saya baca setiap komen yang ditulis.

kak km 2

Ramai yang meninggalkan komen-komen buruk kepada Rania (kiri).

“Yang pakai fake akaun tu namanya pengecut, kalau berani hina wajah anak saya, hadap saya dulu. Mari kita bersemuka!

"Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Kak KM memberi amaran itu sebagai mengulas terdapat segelintir pihak menyamakan Rania, 13, dengan seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) dari China dikenali sebagai Xiao Xiao.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM panas hati dengan suami, mengamuk kereta Alphard remuk langgar tembok... “Dia langsung tidak minta maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kak KM bakal pegang status janda, hubungan dengan suami tiada masalah... Isu kereta remuk tak jejas rumah tangga

Xiao Xiao sedang tular kerana menghidap sindrom dobby yang mana tumbesarannya terbantut selain mudah tantrum disebabkan faktor sekeliling.

Netizen mula membuat perbandingan dan menghina Rania seperti Xiao Xiao selepas remaja itu memuat naik sebuah video di laman sosial TikTok miliknya.

Membaca semua kritikan tersebut, Kak KM secara lantang menyelar tindakan netizen mengutuk anaknya sebagai kurang ajar.

Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya

KAK KM

USAHAWAN

"Kau bercakap tak pakai akal ke? Lihat dengan mata sendiri, anak saya itu sempurna semuanya.

“Ada mata, hidung dan wajah yang cantik. Jangan nak mudah bercakap hal orang kerana takut jadi pada diri sendiri.

"Mereka yang bercakap ini seolah-olah tiada adab. Memang dasar kurang ajar," tegasnya.

kakkm1 - 1

Kak KM tegas melindungi anak-anak.

Kak KM berkata, sebagai ibu dia tidak akan membiarkan golongan ini menghina anaknya sehingga tergamak bercakap perkara buruk.

"Saya memang tak puas hati orang yang bercakap buruk fasal anak saya. Kalau nak bercakap tu biarlah perkara yang elok," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain