suria

Caprice bayar saman RM1,000 pemuda conteng perkataan ‘terrorist’ pada tembok kedutaan AS

Caprice bantu membayar saman yang dikenakan kepada pemuda berkenaan.

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan Caprice menyelesaikan saman seorang pemuda yang didapati bersalah menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ atau pengganas.

Menerusi perkongsian dia Instagram, Caprice atau Ariz Ramli, 33, memuat naik resit perbankan yang menunjukkan dia memindahkan wang berjumlah RM1,000 kepada akaun tertuduh.

"Selesai," katanya ringkas pada bahagian kapsyen hantaran berkenaan.

Caprice 2

Resit pembayaran yang ditunjukkan Caprice.

Sebelum itu, Caprice turut bertanya kepada pengikut media sosial miliknya untuk menjejaki individu berkenaan kerana ingin membayar saman dikenakan.

"Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 saya payung (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan berterima kasih atas sikap prihatin yang ditunjukkan Caprice.

Namun ada juga tidak senang dengan tindakan Caprice yang dikatakan perbuatan menconteng sememangnya satu kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali bertentang mata Shuib sewa sebuah ‘hall’ pawagam, Watie masih ingat suami bau wangi

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan dalam lif buat Angeline Tan terdetik mahu buat umrah, tak sampai 24 jam dapat tajaan ke Makkah

"Pantas! tahniah Caprice cepat buat kerja.

"Dia salah sebab rosakkan harta awam tak boleh dinormalisasikan" antara komen netizen.

Pada Rabu, Majistret Wong Chai sia menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pemuda yang bekerja sebagai jurutera projek itu didakwa melakukan kesalahan itu di tembok luar bahagian utara bangunan kedutaan menghadap Jalan Tun Razak di sini di antara pukul 5.30 pagi dan 5.45 pagi, 28 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain