suria

Kaka Azraff mahu penjelasan konkrit kontrak ditamatkan, tak terfikir guna saluran undang-undang terhadap Warner Music Malaysia

Kaka hanya mahukan penjelasan berhubung penamatan kontraknya bersama Warner Music Malaysia.

PENYANYI Kaka Azraff tidak terfikir mengambil tindakan undang-undang terhadap Warner Music Malaysia susulan penamatan kontraknya pada 31 Disember ini yang dibuat secara tiba-tiba.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, sebaliknya berkata, dia hanya mahu penjelasan konkrit susulan surat diterima sebelum ini tidak menyatakan alasan dan punca penamatan kontraknya.

"Saya sudah terima surat tetapi alasan tidak diberikan membuatkan saya terkilan.

"Kita tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang dan kalau boleh saya mahu minta dimaklumkan secara rasmi mengapa kontrak ditamatkan.

553 (8)

Kaka disenaraikan Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

"Saya harap ada kenyataan rasmi kenapa, itu lebih baik," katanya kepada mStar.

Kaka memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di The Curve pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Kaka memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan penamatan kontrak selain tiada tawaran ganti rugi oleh Warner Music Malaysia kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff bukan lagi artis Warner Music, kata-kata tidak sopan dalam mesej punca digugurkan

ARTIKEL BERKAITAN: Pendirian tentang Palestin berkaitan akidah dan iman, Alif Satar minta Kaka Azraff tak bimbang jika kontrak ditamatkan

"Kita ada jumpa tapi bukan berbincang. Perbincangan ketika berjumpa itu hanya untuk menandatangani surat penamatan kontrak sahaja.

"Bagaimanapun saya tidak menurunkan sebarang tanda tangan pada surat pembatalan berkenaan," jelasnya.

Pada petang Rabu, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan media mengesahkan Kaka bukan lagi artis naungan syarikat rakaman tersebut.

Saya harap ada kenyataan rasmi kenapa, itu lebih baik

KAKA AZRAFF

PENYANYI

Alasan keputusan itu dibuat susulan tindakan penyanyi berkenaan menggunakan perkataan tidak sopan dalam mesej yang dihantar kepada pelakon Australia pro-Israel iaitu Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam Nathaniel.

553

Kaka hanya mahukan penjelasan konkrit daripada Warner Music Malaysia.

Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

Susulan itu, syarikat rakaman berkenaan menerima kecaman selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain