PENYAMPAI radio Fizi Ali tampil bersuara mempertahankan diri apabila seorang individu berani melemparkan tuduhan dan fitnah terhadapnya di media sosial. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, menjelaskan tuduhan dilemparkan individu tidak dikenali itu disifatkan sebagai fitnah yang berat. "Berat fitnah ni dik. Awak tag saya maksudnya awak nak saya jawab sebab masuk dekat DM saya," katanya. Fizi dedahkan individu yang menabur fitnah terhadapnya. Fizi memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Insta Story miliknya pada Jumaat. Tuduhan itu termasuklah melabel dia sebagai seorang bapa tidak bertanggungjawab selain berlaku curang terhadap bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri. Fitnah dilemparkan itu dibuat terhadap Fizi kerana tidak berpuas hati apabila penyampai radio tersebut didakwa sering bersuara kerana tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Ameena Sofia. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan penyelesaian, Fizi Ali bawa isu anak ke mahkamah... “Saya harap dia datang selesaikan perkara ini” ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Ameena sampai terbawa-bawa dalam mimpi, Fizi Ali hanya mampu doa dipertemukan semula dengan anak Tidak hanya itu, individu sama menuduh Fizi tidak pernah menghiraukan Ameena ketika dia masih bersama Shakilla dan merebut kanak-kanak itu selepas mereka bercerai. "Makin tak faham dengan jantan zaman sekarang. Kau dah kahwin baru yang kau nak merentan berebut anak bekas bini kau struggle bawa sembilan bulan apa hal eh? "Masa kau jadi bapa dia dulu sikit kau tak hairan dengan anak kau. Sekarang bila dah berpisah, konon terpaling bapak, ramai la perangai macam ini. Fizi dakwa Shakilla tidak izinkan dia berjumpa dengan Ameena. "Siapa berebut anak dengan bekas bini padahal engaku yang curang siap dah kahwin dan ada anak," dakwanya. Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian. Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada. Fizi rindu akan Ameena sehingga terbawa ke mimpi. Pada Jumaat lalu, penyampai radio berkenaan memuat naik hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Disebabkan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya, Fizi nekad untuk menggunakan jalan terakhir iaitu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!