suria

‘Malas layan’ sebab Hidayah sudah dapat bayaran faraid, Ali Puteh tak makan harta anak yatim

Kemelut Ali dan Hidayah nampaknya masih belum berakhir.

TIDAK hanya berdiam diri, pelawak Ali Puteh tampil memberi respon terhadap kenyataan Nor Hidayah enggan memberikan sebarang komen berhubung bayaran faraid yang dibangkitkan sebelum ini.

Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, tindakan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu mendiamkan diri disebabkan Hidayah sudah pun mendapat bayaran faraid.

Pelawak itu sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak mengambil harta anak yatim seperti didakwa sebelum ini.

Ali memberi respon terhadap kenyataan balas Hidayah.

Ali memberi respon terhadap kenyataan balas Hidayah.

"Hehe memanglah malas layan sebab dah dapat (bayaran faraid) bulan lepas. Tak dapat meroyan buruk-burukkan orang.

"Maknanya aku tak makan harta anak yatim macam kau tuduh dulu... Lepas tu dah dapat jawab malas layan," katanya.

Ali berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan gitu Hidayah... Duit faraid dah masuk akaun, hutang kalah mahkamah je belum" – Ali Puteh

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta perjelas pembahagian harta arwah Abam, Hidayah malas layan Ali Puteh

Kata Ali, dia bersyukur diberikan kesabaran sepanjang berdepan dengan kontroversi yang melibatkan dirinya dan bekas kakak ipar.

"Macam aku cakap sikit lagi Allah buka siapa di pihak benar. Terima kasih Allah berikan kesabaran ini," ujarnya.

Sebelum ini, Hidayah berkata dia menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen berhubung bayaran faraid yang didakwa telah selesai dibayar.

Enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan Ali, Hidayah menyerahkan kepada wakil peguam untuk menyelesaikan isu tersebut.

Hidayah didakwa sudah menerima bayaran faraid.

Hidayah didakwa sudah menerima bayaran faraid.

Menerusi temu bual bersama mStar, pada Jumaat lalu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, meminta supaya bekas kakak iparnya itu tampil menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam yang diterima bagi membersihkan namanya.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain