suria

Hutang selesai! Ali Puteh datang rumah Hidayah serah RM75,000

Ali membaca surat akuan serahan di hadapan Hidayah.

PELAWAK Ali Puteh akhirnya mampu menarik nafas lega apabila hadir sendiri ke kediaman Nor Hidayah bagi menyelesaikan hutang sebanyak RM75,000 kepada bekas kakak iparnya itu pada petang Selasa.

Pada pertemuan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, bertentang empat mata dengan Hidayah bagi mengakhiri sengketa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

"Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar," katanya menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.

Bagaimanapun, seorang wakil keluarga yang turut hadir pada pertemuan itu meminta wang berkenaan di depositkan ke dalam akaun atau diserahkan kepada peguam.

2235173

Ali berharap tiada lagi isu timbul melibatkan Hidayah selepas ini.

Ali juga dimaklumkan jumlah hutangnya terhadap Hidayah berjumlah RM75,486.48 termasuk faedah.

Dalam pada itu, Ali turut tampil dengan surat akuan penerimaan yang menyatakan dia sudah menyerahkan wang kepada Hidayah.

Menerusi surat sama, Ali turut berharap selepas selesai urusan tersebut tiada lagi timbul dakwaan berkaitan urusan hutang itu.

"Saya harap dengan selesainya urusan ini tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit dah cukup, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jual barangan peribadi, Ali Puteh berjaya kumpul RM75,000

Ali ketika membaca surat akuan itu turut berharap Hidayah serta keluarganya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.

Ini termasuk memburukkan dia dan keluarga di mana-mana platform sosial media atau sebarang unsur video yang boleh mengaibkan.

"Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Hidayah turut menurunkan tanda tangan pada surat akuan penerimaan tersebut.

Sementara itu, pada pertemuan tersebut, Ali bertemu dengan anak saudaranya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang sudah lama tidak ditemui.

553 (1)

Sebelum ini Ali menjual barangan peribadi termasuk kereta miliknya bagi membayar hutang Hidayah.

Ali sebelum ini terpaksa menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.

Dia juga dilihat turut menjual barang peribadi termasuk trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini termasuk Maharaja Lawak Mega.

Selain trofi dan kereta dia juga melepaskan sebuah motosikal jenis RXZ berwarna merah.

Jumlah tersebut juga termasuk ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas Ali kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan oleh Hidayah pada Mei 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain