PELAKON Rozita Che Wan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan merujuk dirinya sebagai golongan T20 seperti sedang tersebar di media sosial. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 50, berkata, perkara tersebut bukan sahaja menimbulkan kekeliruan tetapi dia turut menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar. "Saya kesal apabila ada yang memanipulasi kenyataan saya. Tidak pernah pun saya cakap seperti apa ditulis. "Saya tidak pernah meletakkan sebarang label atau apa-apa gelaran pada diri sendiri. Rozita kesal apabila ada pihak turut mengheret anaknya dalam isu yang bukan datang daripadanya. "Apabila ada yang menulis begitu, orang akan kecam artis kata golongan selebriti ini berlagak," katanya kepada mStar. Rozita meluahkan kekesalan itu ketika ditemui pada program Fiesta Perkeso Membawa Senyuman yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu. Pelakon drama Kiah Pekasam itu menjawab perkongsian di Instagram miliknya tentang sebuah keratan media mendakwa dia adalah golongan T20. ARTIKEL BERKAITAN: Zain tak izin ‘buat muka’, Rozita Che Wan tolak pembedahan kosmetik... “Suami okay walau berkedut” ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dapat semula IG 5.1 juta pengikut Kata-kata itu didakwa merujuk kepada anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana yang dibesarkan dalam kemewahan sejak kecil. Malah wajah Aaisyah turut dipaparkan dalam keratan berkenaan. Dalam pada itu, Rozita berkata, dia lebih marah apabila pihak berkenaan turut membabitkan anak perempuan kesayangannya itu dan ia tidak sepatutnya berlaku. "Saya trigger apabila melibatkan anak. Memang Aaisyah tak tahu tapi perkara ini tak sepatutnya berlaku. Rozita memberitahu dia tidak melalui jalan mudah untuk berjaya. "Saya bukanlah seorang ibu yang terlalu manjakan anak-anak. Mereka tahu saya bekerja keras," ujarnya. Sementara itu, Rozita berkata, apa dimiliki hari ini bukan datang bergolek tanpa usaha keras bekerja dalam bidang seni dan menjalankan perniagaan. "Kalau saya T20 pun bukan saya duduk rumah baring dan tidur! Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. "Mereka yang membeli produk saya pun terdiri daripada pelbagai golongan dan saya mahu semua orang dapat memilikinya dengan harga mampu milik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!