suria

Mawar Rashid kunci mulut dakwaan sudah nikah jejaka Brunei, kongsi bila sedia

Mawar kongsi persiapan sebelum disatukan.

PELAKON Mawar Rashid memilih mengunci mulut susulan timbul spekulasi mengatakan dia sudah menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, sebaliknya memberitahu dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

"Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi.

mawar nikah 12

Mawar kongsi sedang didandan sebelum majlis.

"Insya-Allah saya akan kongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi mStar pada petang Sabtu.

Spekulasi Mawar bernikah mula menjadi tanda tanya apabila dia sendiri berkongsi gambar memakai inai berwarna putih di Instastory miliknya pada Sabtu.

Tidak hanya itu, Mawar turut memuat naik foto dipercayai dia bersama suami yang hanya menampakkan bahagian paha mereka dan memakai pakaian sedondon berwarna merah jambu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mawar pilih kunci mulut isu cerai, kehidupan kini ibarat ‘gelas kosong’

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak

Mawar juga ada memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamlan.

Dalam pada itu, Mawar turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya.

"Buat masa sekarang doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

mawar nikahh

Mawar bakal kongsi berita gembira tidak lama lagi.

"Terima kasih atas doa dan ambil berat mengenai saya," katanya.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Namun pasangan ini mengumumkan mereka bercerai pada 23 November lalu menerusi perkongsian di laman Instagram tanpa mendedahkan punca berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain