GARA-GARA kontroversi terbaharu Aliff Aziz dengan Ruhainies, tidak semena-mena netizen mengungkit semula kisah lama penyanyi itu dengan pelakon Oktovia Manrose. Menyedari isu panas pada tahun 2019 itu dibangkitkan semula, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, berkata ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, sebaliknya dia berasa malu apabila mengenang kembali kisah itu. "Ada juga nampak (berita lama), tapi perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya. Oktovia bersama selebriti lain ketika majlis edaran bubur lambuk anjuran A. AIda Production. "Memang saya malulah, pernah terpalit dengan isu kontroversi tersebut, tapi tidak mengapa tak perlu nak melatah. "Past is past, teruskan hidup," katanya kepada mStar. Oktovia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Edaran Bubur lambuk oleh A. Aida Production di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya, pada petang Jumaat. Dalam pada itu, ada juga netizen membuat pembandingan dirinya dengan Aliff yang sehingga kini masih lagi terpalit dengan kontroversi panas. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz hanya kawan... Oktovia Manrose kesal dituduh mabuk ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak patut keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah Mengulas mengenai perkara itu, Oktovia berkata setiap manusia mempunyai ujian tersendiri dan mungkin Aliff juga sedang diuji. "No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap fasal hidayah dan perubahan seseorang. "Macam saya dapat hidayah dan saya ambil, Alhamdulillah kekal sampai sekarang. "Tapi masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin dia (Aliff) masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu," jelasnya. Sementara itu, Oktovia juga sempat menitipkan doa agar urusan Aliff dan isterinya iaitu Bella Astillah dipermudahkan. "Kita doakan yang baik saja untuk semua. Untuk Bella, Aliff dan semoga mereka dipermudahkan urusan dan bahagia... insyaAllah," ujarnya. Oktovia mendoakan yang baik-baik buat Aliff dan Bella. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah. Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Pada tahun 2019, nama Aliff dan Oktovia terpalit kontroversi dan menjadi topik bualan hangat netizen selepas Bella mendedahkan kecurangan dilakukan suaminya bersama aktres itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!