suria

Datuk Red tak pilih kerja, jadi pembantu di bazar Ramadan pun boleh... Mahu cari duit persiapan raya anak-anak

Datuk Red terbuka menerima apa sahaja peluang pekerjaan.

PENDEDAHAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengenai usahanya sedang mencari pekerjaan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Ada yang berpendapat Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red terlalu memilih kerja selepas diisytihar muflis sejak tahun 2019.

Menyangkal dakwaan netizen itu, Datuk Red berkata dia benar-benar memerlukan pekerjaan buat masa ini bagi menampung kehidupannya dan keluarga.

Datuk red 2

Datuk Red mahu beri fokus sambutan hari raya terlebih dahulu.

"Untuk buat masa sekarang dan melihat keadaan saya ketika ini... saya memang tak kisah kerja apa sekali pun.

"Kalau ada orang suruh tolong di bazar Ramadan sekali pun saya tiada masalah.

"Janji saya dapat tunaikan hasrat anak-anak saya untuk menyambut hari raya nanti," katanya kepada mStar.

Sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Datuk Red berkata dia perlu berusaha mencari wang bagi memenuhi permintaan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tengah susah, Adira tetap bagi sokongan kepada Datuk Red... “Selagi dia mahu berusaha”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedihnya hidup Datuk Red, dah 5 tahun tiada kerja, selama ini ditanggung Adira

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk penuhi permintaan anak saya. Biarlah mereka berbaju raya... saya sudah tua tiada masalah kalau tiada. Yang penting anak saya gembira.

"Saya bukan minta sedekah, saya nak kerja sebab saya masih kuat lagi berkerja.

"Janji halal dan dapat cari rezeki untuk anak-anak... untuk selesaikan hutang nanti dulu.

"Bagi saya hidup dulu, saya takkan lari kemana pun," ujarnya.

datuk red 1

Datuk Red janji tak lari dari membayar hutang.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama mStar, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytihar muflis sejak 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan suami tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim memfailkan perceraian penghujung Januari lalu.

red 1

Adnan juga diuji dengan kedua-dua rumah tangganya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain