suria

Telefon bimbit dan kad sim disita, SKMM ambil keterangan Aliff Syukri kontroversi video ‘Love Raya‘

Pihak SKMM ambil keterangan susulan video kontroversi Aliff.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun susulan penularan video teaser lagu berjudul Love Raya yang dianggap lucah dan menghina kesucian bulan Ramadan baru-baru ini.

Walaupun sudah memadam dan menjelaskan ia sekadar gurauan 'April Fool', namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sudah merakam keterangan Aliff berhubung video berkenaan pada Rabu.

"Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik.

aliff syukri 1

Aliff mencetuskan kontroversi menerusi teaser lagu Love Raya.

"Ini termasuk dalam Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

"Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali," jelas wakil SKMM menerusi satu kenyataan kepada media.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan SKMM turut mendapat kerjasama Polis Diraha Malaysia (PDRM).

ARTIKEL BERKAITAN: Hina kesucian bulan Ramadan, Fahmi Fadzil minta SKMM teliti video kontroversi Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Video raya rupanya April Fool... Netizen tak terima gurauan biadab persenda agama, netizen mahu boikot produk Aliff Syukri

Dalam masa sama, SKMM mengesahkan sebuah telefon bimbit dan kad sim milik Aliff turut disita bagi tujuan siasatan.

Kertas siasatan pula akan diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

"Pegawai penyiasat menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video," ujarnya.

fahmi 2

Menteri Komunikasi minta SKMM siasat video Aliff.

Isu melibatkan Aliff sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video teaser lagu berjudul Love Raya.

Video berkenaan memaparkan tarian yang dilihat agar keterlaluan dan tidak sesuai ditonton terutama di bulan Ramadan.

Selepas menerima banyak kecaman, Aliff bagaimanapun bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu baharu hanya sekadar gimik.

Aliff turut memohon maaf selain meminta mana-mana pihak memadam salinan video tersebut.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil juga meminta SKM untuk meneliti kandungan video berkenaan dan mengambil tindakan lanjut sekiranya perlu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain