suria

Ada transaksi lain dari bank, duit isteri Zahid hilang bukan sebab pautan kad debit di e-wallet

Terdapat transaksi mencurigakan dalam akaun e-wallet isteri Zahid.

KEHILANGAN wang isteri penyanyi Zahid Baharudin iaitu Nurul Shuhada dalam akaun e-dompet miliknya bukan berpunca daripada akaun bank yang dihubungkan dengan perkhdimatan itu seperti didakwa artis berkenaan.

Pihak TnG Digital, sebagai pengendali e-dompet berkata, pemindahan itu dibuat daripada akaun banknya ke akaun platform berkenaan melalui pindahan wang bank.

"Menerusi semakan kami terdapat transaksi dari bank ke e-wallet dan ia berlaku menerusi peranti milik isteri Zahid sendiri. Cara transaksi itu bukan dari pautan debit card yang dibuat dengan e-wallet," katanya kepada mStar.

zahid 2

Zahid berkongsi duit isterinya hilang dalam akaun e-dompet.

Malah pihaknya juga telah bersemuka dengan Zahid an Shuhada dalam satu pertemuan yang berlangsung pada Khamis bagi menjelaskan situasi sebenar.

Tambahnya isu yang dihadapi oleh Shuhada itu tidak sama dengan trend penggodam yang sering berlaku dan dilaporkan sebelum ini.

Mereka juga berjaya mengesan terdapat transaksi dari akaun bank ke platform berkenaan namun tidak dapat disahkan bagaimana ia boleh berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang mood nak raya, duit dalam akaun isteri Zahid Baharudin lesap... “Licin habis RM4,250”

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid kenal isteri ketika ‘busking’, rancang kahwin sejak dua tahun lalu - “Dia pandai urus masa dan jaga duit”

"Kami mempunyai bukti kukuh yang mengesahkan bahawa transaksi yang dilaporkan semuanya dilakukan melalui peranti milik pengadu sendiri berserta pengesahan transaksi yang tepat.

"Mungkin transaksi berlaku dari orang yang boleh akses kepada akaun peribadi," jelasnya.

Dalam masa sama, pihak mereka juga akan meneruskan siastan terhadap isu ini dan sedia membantu mana-mana pengguna yang mengalami nasib sama.

zahid 3

Kehilangan duit sebelum ini memberi kesan kepada Zahid.

"Kami masih siasat dan sentiasa akan bantu. Kepada mana-mana pengguna yang mengalami masalah sama pada masa akan datang boleh berhubung untuk dapatkan bantuan," ujarnya.

Pada Isnin lalu Zahid berkongsi video kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-dompet milik Shuhada.

Tambah Zahid dia mendakwa kejadian itu kemungkinan berpunca disebabkan oleh pautan akuan bank isyerinya yang dibuat kepada platform berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain