PELAKON Muaz Zabir memberi bayangan ibunya masih dalam keadaan marah susulan kontroversi yang mendedahkan dia mempunyai hubungan dengan isteri orang yang juga aktres Bella Astillah. Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, walaupun sudah meminta maaf kepada ibunya namun dia akan melakukannya sekali lagi pada hari raya. "Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta. "Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi tu," katanya. Perbualan mesej dan foto mesra Muaz dan Bella yang tersebar. Muaz berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Menerusi hantaran berbentuk video itu, Muaz dilihat sedang mengeluarkan sebuah televisyen yang dibeli daaripada kotak dipercayai hadiah untuk ibunya. Pelakon drama Iskandar Chempaka itu juga berharap orang ramai mendoakan dia selamat sepanjang berada di kampung. ARTIKEL BERKAITAN: Simpati dengar masalah rumah tangga, Muaz Zabir cuma bantu Bella Astillah dapat perhatian suami ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir dalam keadaan tertekan, mengaku khilaf isu babit Bella Astillah "Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti," ujarnya. Sebelum ini, nama Muaz menjadi sebutan ramai apabila seorang pengguna TikTok memuat naik tangkap layar perbualan mesej dan foto mesra dia bersama Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30. Muaz dan Bella didakwa menjalinkan hubungan sejak Oktober tahun lalu. Muaz menjelaskan dia dan Bella sebenarnya tiada sebarang hubungan istimewa. Bagaimanapun Bella menjelaskan dia sekadar memperguna Muaz bagi membuatkan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz cemburu. Ia susulan Aliff ketika itu berlaku curang terhadapnya dengan dua orang wanita yang tidak dinamakan. Sementara Muaz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad menjelaskan dia pada awalnya bersimpati selepas mendengar luahan Bella tentang rumah tangganya. Namun mengakui apa dilakukan adalah khilaf dirinya dan sebelum ini mendiamkan diri apabila namanya dipetik kerana enggan mengeruhkan keadaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!