suria

Penyanyi wanita Kelantan positif dadah, bakal direman bersama 5 rakan bantu siasatan penemuan 6,000 pil kuda

Kesemua yang ditahan akan dibawa ke mahkamah.

PENYANYI wanita popular Kelantan bersama lima rakannya yang ditahan di Selatan Thailand pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap polis negara berkenaan.

Pihak berkuasa juga akan mendapatkan perintah reman terhadap keenam-enam individu tersebut di sebuah mahkamah di Narathiwat pada Isnin.

penyanyi 2

Enam rakyat Malaysia yang ditahan melibatkan seorang penyanyi wanita.

Perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek membantu siasatan polis berhubung penemuan 6,000 biji pil kuda ketika tangkapan dibuat pihak berkuasa.

“Mereka akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan polis Thailand,” kata jurucakap berkenaan.

"Mereka sebelum ini ditempatkan di lokap untuk tempoh 48 jam sebelum dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk prosiding reman esok (Isnin)," jelas wakil berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik, Misha Omar bukan penyanyi wanita Kelantan ditahan polis bersama pil kuda

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exist mengaku salah ambil dadah, didenda RM4,000 dan pengawasan AADK 2 tahun

Pada Sabtu media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Difahamkan, kesemua suspek kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi itu mereka yang ditahan sedang berehat di dalam bilik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain