PELAKON Nelissa Nizam mendedahkan sudah menghubungi ibunya iaitu Ayu Manaf selepas timbul isu mengatakan hubungan mereka renggang. Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, dia kini sedang menunggu ibunya bersedia untuk bertemu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka. "Alhamdulillah saya sudah hubungi ibu tapi dia belum bersedia untuk berjumpa dan akan bertemu apabila dia sedia. "Mungkin ibu sibuk sebab dia pun sekarang berniaga," katanya kepada mStar. Nelisa mahu diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut keluarga. Nelissa berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sahak Gangster yang diadakan di GSC Tropicana Mall pada malam Khamis. Dalam pada itu, menjawab dakwaan dibuat ibunya, Nelissa mengambil pendekatan berdiam diri dan menyelesaikan masalah secara peribadi. Tambahnya, dia percaya setiap keluarga mempunyai masalah tersendiri dan perkara ini sepatutnya tidak dicanang kepada umum. "Apa sahaja yang ibu katakan, saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana apa pun dia tetap ibu saya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Nelissa Nizam buat pendedahan mengejutkan, sedih anak-anak jauhkan diri ARTIKEL BERKAITAN: Trauma dengar bunyi hentakan, Nelissa Nizam tak malu mengaku pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil "Saya rasa semua ada masalah keluarga sendiri dan saya harap dapat berbincang dengan keluarga secara privasi. "Apa sahaja ingin katakan ia patut dibincang hanya sesama keluarga sahaja. Saya tidak rasa cerita sebegini patut dikongsi," ujarnya. Nelissa bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing dengan komen-komen yang dilemparkan netizen dan menyifatkan hanya dia dan keluarga yang tahu perkara sebenar. "Apa yang berlaku dalam keluarga kami hanya saya dan keluarga yang tahu. Orang lain nak komen apa pun ia berada di luar kawalan saya. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana apa pun dia tetap ibu saya. NELISSA NIZAM PELAKON "Saya harap dapat berjumpa dengan keluarga dan selesaikan semua (masalah) dengan secara baik. "Saya berharap diberikan sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara ini," katanya. Sebelum ini, Ayu menafikan dakwaan aktres berkenaan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak dia masih kecil. Malah, Ayu turut mengakui hubungannya dengan anak-anak juga renggang dan tidak mengetahui punca ia berlaku. Nelissa enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan dibuat ibunya. Ayu mendakwa, selepas berkahwin semula dengan lelaki pilihan hatinya, anak-anak juga sudah tidak mempedulikan dirinya. Pada Ogos lalu, Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil. Nelissa memberitahu dia tidak malu berkongsi pengalaman pahitnya itu secara terbuka. Kongsi aktres berkenaan, dia kini mahu Kembali bangkit dari masa lampau dan berusaha untuk mengubah nasibnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube