PENYANYI lagu Bae Sobar Bae iaitu Eda Ezrin, 30, dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil jenis yaba pada 1 November tahun lalu oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis.
Berita Harian melaporkan turut dibebaskan adalah suami Eda iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat rakan mereka Mohamed Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.
Eda menangis selepas mahkamah membebaskannya pada Khamis.
Bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda sebanyak 4,000 baht atau RM526 setiap seorang.
Bagaimanapun tempoh penjara itu selesai disebabkan kesemua tertuduh berkelakuan baik.
Erdeka dan Zuhaira pula didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dan dikenakan denda 4,000 baht atau RM526.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi dialek Kelantan terima layanan baik, cerita buruk mengenai Penjara Narathiwat tidak benar
ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri
Dalam pada itu, selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan mereka, Eda dan lima yang lain dilihat menangis dan berpelukan di kandang tertuduh.
Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand.
Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotal di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Keenam-enam mereka sebelum ini ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand.
Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.
Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.
Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!