suria

Abby Abadi hilang sabar anak tuduh buat cerita, dah puas ‘bagi muka’... Mujur tak simpan bukti Aslam ditampar

Abby harap Marissa bahagia dengan pilihannya.

PELAKON Abby Abadi nampaknya sudah tidak lagi mampu menahan sabar selepas anaknya iaitu Marissa Dania memuat naik satu hantaran meminta agar dia berhenti menyebarkan kisah tidak benar.

Bengang dengan kenyataan Marissa itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata anak dan menantunya itu bernasib baik kerana dia tidak menyimpan bukti kejadian Aslam ditampar oleh suami iaitu Muhammad Faizal Zakaria.

Malah, dia juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan kepada umum mengenai kejadian tersebut sekiranya dia ada menyimpan rakaman bukti.

Abby kecewa dengan sikap Marissa.

"Mama buat cerita? Oh tidak! Sedapnya menulis panjang berjela. Yang melempang itu abahnya (Faizal). Maknya juga yang disebut tuduh pula kata buat cerita ya.

"Nasib baik tak ada video atau gambar waktu kejadian. Kalau ada memang jadi kurang sabar untuk sebarkan," katanya menerusi hantaran di Threads pada Jumaat.

Tambah Abby, sebagai ibu kesabarannya diuji selepas terlalu lama menyimpan perasaan terhadap anak perempuannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa minta Abby Abadi berhenti sebar cerita tak benar, dah hubungi ibu tapi tidak diendahkan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Abby Abadi mahu selesai kemelut keluarga secara peribadi bukan di media sosial

Justeru itu, Abby hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

"Minta maaf, sudah lama sangat menyimpan. Banyak sangat hal, tak terpendam dah.

"Banyak kali bagi muka, kali ini tak kasi ruang sudah. Cukup! 

"Jagalah Aslam itu baik-baik ya Marissa. Semoga bahagia hingga ke syurga Firdausi," luahnya.

Marissa tampil membela suaminya, Aslam.

Sebelum ini, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.

Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan kepada semua pihak.

Marissa merupakan anak kedua Abby dan aktor Norman Hakim.

Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Susulan itu, suami Abby iaitu Faizal atau mesra dengan sapaan Jai mendedahkan pernah memberi amaran dan menampar Aslam kerana menganggu anak tirinya.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan. 

Suami Abby pernah memberi amaran kepada Aslam.

Aktres berkenaan mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya. 

Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu dia mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial. 

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain