PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman kekal dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan seperti yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan tiga pertuduhan dadah dihadapinya.
Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam keputusan yang dibuat pada Isnin turut memerintahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 50, kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor sebagaimana yang diperintahkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel hakim diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir yang dimohon Yasin.
Yasin dibebaskan hukuman penjara.
Pada Ogos tahun lalu, Yasin dijatuhkan hukuman berkenaan selepas hakim membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan pelantun lagu Mimpi Laila itu.
Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa dalam miliknya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada pukul 5.30 petang, 24 Mac 2022.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman dipenjara seumur hidup, 16 sebatan atas tiga kesalahan dadah
ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman belum putus asa, kes rayuan pembebasan tuduhan dadah Ogos depan
Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!