FILEM: Underworld: Awakening ARAHAN: Mans Marlind, Bjorn Stein GENRE: Aksi DURASI: 90 minit TAYANGAN: Bermula 19 Januari 2012 LAKONAN: Kate Beckinsale, Sandrine Holt, Theo James, Michael EalyARAHAN: Mans Marlind, Bjorn Stein GENRE: AksiDURASI: 90 minitTAYANGAN: Bermula 19 Januari 2012SEJUJURNYA ini adalah kali pertama penulis menonton filem Underworld walaupun francais filem ini telah mempunyai tiga siri yang telah ditayangkan pada tahun 2003, 2006 dan 2009.Berkesempatan menonton siri ke empat filem ini iaitu Underworld: Awakening baru-baru ini, apa yang boleh dikatakan adalah penulis tidak berasa kesal walaupun tidak pernah menonton rangkaian filem berkenaan.Ini kerana pengarah bersama, Mans Marlind dan Bjorn Stein yang pernah menghasilkan naskhah aksi berjudul Shelter gagal memberikan persembahan cemerlang menerusi karya terbaru ini.Kedua mereka gagal mengembangkan dan menghuraikan mitologi utama filem ini dengan baik selain jalan ceritanya tidak menyerlah ditambah dengan aksi-aksi tidak munasabah yang mengelirukan penonton.Filem lakonan Kate Beckinsale dan Sandrine Holt ini adalah sebuah kisah puntianak biasa selain gagal mempamerkan kesan khas baik kepada penonton.Malah ada ketikanya penulis merasakan filem berkenaan lebih sesuai sebagai sebuah siri televisyen berbanding dijadikan sebuah produksi filem berbajet besar.Manakala daripada segi skrip dan pembangunan watak untuk siri keempat ini ia tidak bersifat naratif dan selain temanya telah biasa digunakan dalam kebanyakan filem yang menggunakan puntianak sebagai plot utama.Bagaimanapun, kedua-dua pengarah bijak bermain dengan emosi penonton kerana permulaan filem ini boleh dikatakan cepat dan tangkas tanpa membawa penonton melayang menanti aksi mendebarkan.Penggunaan dialog yang minima turut memberikan tambah nilai kepada filem ini tanpa mencacatkan perjalanan filem dan masih boleh difahami plot dan jalan ceritanya dengan baik.Underworld: Awakening yang mengisahkan mengenai pencarian Selene terhadap kekasihnya, Michael selepas 12 tahun dibekukan dalam satu operasi pembersihan golongan puntianak oleh manusia.Selepas berjaya melepaskan diri, Selene mendapati dia mempunyai seorang anak dan musuhnya ingin mendapatkan anak tersebut kerana dia adalah anak istimewa.Filem ini juga banyak menyembunyikan rahsia dalam plotnya yang barangkali akan didedahkan dalam episod seterusnya.Sementara itu, watak Kate sepatutnya boleh dikembangkan dengan lebih besar sepanjang perjalanan filem berkenaan tetapi malang ia terlalu statik menjadikan penampilannya hambar.Pun begitu, Kate masih memberikan persembahan yang baik terutamanya dalam aksi bertarung yang cukup mendebarkan.Underworld: Awakening bagaimanapun masih tidak rugi ditonton terutamanya kepada peminat setia filem ini.