KL Zombi menemui penonton di pawagam bermula 29 Ogos 2013. FILEM: KL ZombiPENGARAH: Woo Ming Jin PELAKON: Zizan Razak, Siti Saleha, Faezah Elai, Izara Aishah, Zain Hamid, Azhan Rani, Iedil Putra dan Shy8DURASI: 90 MinitTERBITAN: Grand Brilliance Sdn BhdTARIKH TAYANGAN: 29 Ogos 2013FILEM terbaharu arahan pengarah Woo Ming Jin iaitu KL Zombi barangkali ada sedikit persamaan dengan beberapa karya lain seperti The Walking Dead, Zombieland dan Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.Bagaimanapun, Ming Jin berjaya memberi suntikan berbeza kepada filem tersebut terutamanya dari segi lakon layar dan penceritaan yang ringkas dan ringan sebagai penarik karyanya itu.Formula itu barangkali dapat menarik minat penonton ke pawagam kerana peminat filem di negara ini lebih gemarkan sebuah filem yang ringan tanpa plot yang berat dan KL Zombi adalah interpretasi terbaik.Ming Jin yang ebih terkenal dengan naskah bebas seperti The Elephant and The Sea (2007) dan The Tiger Factory (2010) telah mengolah dan menterjemahkan karya daripada sebuah novel ‘fixi’ karya Adib Zaini berjudul Zombijaya itu dengan baik berlandaskan hiburan ringan kepada penonton.Malah penonton tidak perlu banyak berfikir mengenai plot penceritaannya dan hanya perlu berhibur dengan aksi yang ditonjolkan.KL Zombi mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri namun segalanya menjadi porak-peranda apabila sejenis wabak berbahaya yang menukar manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.Watak utamanya, Nipis yang dilakonkan oleh Zizan Razak terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.Selain Zizan, filem berkenaan turut dilakonkan oleh Siti Saleha, Faezah Elai, Izara Aishah, Zain Hamid, Azhan Rani, Iedil Putra dan Shy8.Dalam pada itu, disebalik teras filem berkenaan yang ringan, Ming Jin amat menekankan teknik solekan khas terhadap pelakon bagi menghidupkan setiap watak yang ditampilkan.Selain aspek teknikal dan jalan cerita, kesan khas solekan terhadap watak-watak zombi berjaya memberikan gambaran sebenar kepada jalan cerita yang ingin disampaikannya dengan lebih berkesan.Malah kesemua pelakon tambahan yang melakonkan watak Zombi disamping tunjang utama filem ini tidak diketepikan peranan mereka dan solekan terhadap mereka berjaya ditonjolkan dengan baik oleh pengarah.Sementara itu, dari segi lakonan watak utamanya iaitu Zizan yang memegang watak Nipis boleh dikatakan pada kadar biasa sahaja. Ini mungkin kerana penonton telah terbiasa dengan figura itu yang sentiasa membawa watak komedi.Bagaimanapun Zizan berjaya melunaskan tanggungjawabnya dengan baik disamping ikatan dengan pelakon-pelakon lain yang dilihat mempunyai keserasian.Kesimpulannya, KL Zombi adalah sebuah karya ringan tanpa plot yang berat dan ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga.