JIKA anda percaya khabar angin yang kononnya filem M4M4 seakan-akan mempunyai jalan cerita sama dengan filem Bollywood Mom lakonan Sridevi, ternyata anda silap! Filem M4M4 atau maksudnya 'mati empat, mati empat' itu sebaliknya mengisahkan mengenai seorang ibu yang kematian hati dan jiwa selepas anak tunggalnya dirogol tiga orang samseng. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah rasa kena rogol, sebab tu susah” - Bella Dowanna geli, malu lakon babak dirogol tiga lelaki dalam filem M4M4 ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau mula penggambaran saya tak balik dua hingga tiga bulan” - Niezam Zaidi tolak tawaran berlakon kerana mahu balik kampung Bermula dengan babak-babak jenayah filem yang bergenre seram thriller ini pastinya membuatkan anda mind blowing. Antara babak mendebarkan dalam filem M4M4. Meskipun pembinaan penceritaan agak perlahan dan jalan cerita yang agak berat namun karya terbaharu pengarah Eyra Rahman ini bakal memberikan kejutan besar kepada penonton dengan lakonan mantap barisan pelakon dan plot twist tidak terjangka. Kronologi penceritaan yang disusun dengan baik dan kemas membuatkan ketiga-tiga watak antagonis berjaya menyinar selain lakonan Nabila Huda semestinya antara yang paling dinanti peminat. Lakonan pendatang baharu, Bella Dowanna yang memegang watak sebagai Alya iaitu anak kepada Nabila Huda membuatkan penonton mengalir air mata gara-gara impak kesan yang mendalam. Gandingan Nabila Huda dengan pelakon baharu, Bella Dowanna sangat serasi berjaya menghidupkan watak! Bella dilihat sangat cemerlang dalam menghidupkan watak Alya ini apabila keserasian dengan Nabila Huda yang bertindak sebagai Aini berjaya dibentuk dengan terhasilnya hubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang luar biasa. Kisah kasih sayang yang tak berbelah bagi ini membuatkan ia begitu dekat dengan kehidupan masyarakat kita. Filem M4M4 juga membuatkan penonton tidak bosan apabila pengarah bijak mengembangkan watak dengan pertukaran karakter mengikut situasi. Pengarah, Eyra Rahman bijak mengembangkan watak dengan pertukaran karakter mengikut situasi. Berbanding filem-filem lain, M4M4 menampilkan pelakon-pelakon antagonis termasuk pelakon pembantu yang beraksi cemerlang disamping pelakon utamanya. Bayangkan dalam babak kasih sayang yang dipaparkan, penulis dibawa kepada kisah Alya dirogol tiga samseng sehingga membuatkan penulis berasa tertekan dengan plot twist yang tidak dijangka-jangka. Watak antagonis lakonan Niezam Zaidi membuatkan penulis sendiri terkesan dan geram kerana aksi jahatnya disamping dialog penulis panas telinga mendengarnya. Watak antagonis lakonan Niezam Zaidi membuatkan penonton turut beremosi dengan perlakuan sumbang terhadap Alya. Bagaimanapun, babak itu turut diselit dengan lagak-lagak lucu lakonan Kodi Rasheed sebagai Apai, Ungku Hariz sebagai Luk dan Niezam Zaidi sebagai Remy. Lebih menarik, apabila tiada babak yang dipotong oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) dalam filem M4M4 meskipun pada awalnya penulis menjangkakan pasti banyak aksi-aksi rogol yang tidak dapat ditayangkan. Diterbitkan oleh Da Motion Media, filem M4M4 berkisarkan tentang seorang ibu bernama Aini yang ingin membalas dendam atas kematian anaknya Alya, yang menjadi mangsa rogol sekumpulan samseng. Lakonan mantap Faizal Hussein yang bertindak sebagai pegawai polis dalam menyelesaikan jenayah rogol dan kematian Alya. Filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Yusry Abd Halim, Bella Dowanna, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali, Izzy Reef dan pelakon cilik Amanda Hariz. M4M4 akan menemui penonton di pawagam bermula 6 Februari iaitu Khamis ini.