suria

Kalau tak kerana Covid-19, ‘Ratu Kalajengking: Puteri Keranda’ boleh cecah RM20 juta... Kini dah ada di Astro First

Nadia Brian memegang watak Cik Siti yang mengahwini lelaki seramai 99 orang.

FILEM Ratu Kalajengking: Puteri Keranda yang ditayangkan di pawagam pada 27 Februari lalu sekadar mampu mengutip RM800,000 selepas orang ramai bimbang ke panggung akibat penularan wabak Covid-19.

Penerbit fiem itu, Datuk A. Aida berkata, jika bukan kerana musibah berkenaan, dia yakin filem tersebut mampu mencecah kutipan boxoffice iaitu RM20 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda’ kisah benar wanita kematian 99 suami pada malam pertama... Ini 8 sebab kena serbu pawagam!

“Ketika filem ini ditayangkan, dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19 dan orang mula takut untuk ke panggung. Memang saya menerima kesan daripada masalah ini apabila ia hanya mengutip RM800,000.



Filem ini berhadpan cabaran apabila ditayangkan akibat Covid-19.

“Tapi bagi saya, dalam masa hampir sebulan tayangan, jumlah itu begitu memberangsangkan ketika ancaman Covid-19 menular. Jika tidak kerana virus itu, saya yakin ia boleh cecah RM20 juta, ” katanya kepada mStar.

Kata A. Aida bukan bermaksud mahu syok sendiri tetapi kenyataannya filem hasil tulisan dia sendiri itu merupakan kisah benar yang diolah menjadi sebuah karya filem dan ditunggu-tunggu oleh peminat filem.

Ketika filem ini ditayangkan, dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19 dan orang mula takut untuk ke panggung.

DATUK A. AIDA

PRODUSER

Selain itu ujarnya, antara tarikan lain apabila filem itu juga membariskan pelakon yang dikenali ramai seperti Nadia Brian, Amar Asyraf, Mas Khan, Datuk Fizz Fairuz dan Firman Siagan.

Malah istimewanya lagu-lagu tema yang dimuatkan juga adalah daripada karya-karya penyanyi hebat antaranya Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri), Luluh (Khai Bahar) dan Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip).

Katanya, filem yang menelan belanja RM2.3 juta itu turut menampilkan teknik janaan komputer (CGI) hasil karya anak tempatan iaitu KRU Studios.



Barisan para pelakon dan kru Ratu Kalajengking: Puteri Keranda.

Dalam pada itu A. Aida menambah, orang ramai yang tidak berkesempatan menyaksikannya boleh menonton di saluran Astro First yang boleh dilanggan sekarang untuk merasai sendiri penceritaan kisah benar itu sempena Syawal ini.

“Dalam tempoh Syawal ini, orang ramai yang mahu menonton cerita rakyat ini boleh ambil peluang menontonnya ketika kerajaan mahukan seluruh rakyat mengehadkan pergerakan dengan berada dalam rumah, ” katanya.

Ratu Kalajengking: Puteri Keranda merupakan sebuah kisah legenda yang popular dalam kalangan masyarakat Kota Tinggi, Johor suatu ketika dahulu.

Ia mengisahkan seorang wania bernama Cik Siti yang menuntut ilmu kebatinan dan berkahwin sebanyak 99 kali dan kebanyakan suaminya meninggal dunia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain